YB Tuan Fahmi Zainol, Exco Agroteknologi & Keterjaminan Makanan Dan Pembangunan Koperasi merangkap Ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang (ZPP) bersama Ts. Dr. Hj. Samsudin Wahab, Ketua Pegawai Operasi, ZPP turun menyantuni serta menyebarkan info berkenaan kewajipan zakat perniagaan dengan lebih dekat kepada hampir 30 orang peniaga di Medan Selera Bayan Baru pagi tadi. Dalam kunjungan tersebut, borang Skim Perniagaan turut diserahkan kepada beberapa orang peniaga yang memerlukan.
Semoga usaha ini dapat mendekatkan lagi ZPP dengan masyarakat serta menambah bilangan pembayar zakat di kalangan peniaga Muslim dalam kebersamaan membantu asnaf di negeri Pulau Pinang.