Telah berlangsung Bengkel Bina Kit Lonjakan MPDCA SPM 2024 pada 09 – 11 Ogos 2024 (Jumaat – Ahad) bertempat di Iconic Hotel, Bukit Mertajam yang dianjurkan oleh Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.
Seramai 30 orang Jurulatih Utama (Guru) dari 6 mata pelajaran SPM iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Arab, Dini LAM, Dini Al Syariah dan Dini Usul Al Din yang terlibat dalam bengkel ini. Objektif utama bengkel ini adalah untuk menyediakan bahan pembelajaran kepada Calon-calon SPM 2024 dalam menghadapi Peperiksaan SPM 2024 yang akan menjelang tiba.
Bengkel seumpama ini merupakan sebahagian dari program MPDCA antara penaja dengan kerjasama dari Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP). Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.