Majlis meraikan penerima Darjah Kebesaran Negeri Pulau Pinang yang berlangsung pada hari Jumaat baru ini di Cititel Penang.
Kehadiran Dato’ Haji Amran Bin Hazali, CEO Zakat Pulau Pinang disambut mesra oleh kepimpinan PPMS dan diberi penghormatan untuk berucap sekaligus merasmikan majlis ini.
Antara tujuan majlis ini adalah untuk meraikan beberapa pemimpin dikalangan India Muslim yang menerima Darjah Kebesaran Negeri Pulau Pinang. Majlis ini juga turut diserikan lagi dengan kehadiran pemimpin dari 30 NGO Muslim.
Syabas dan tahniah Pertubuhan Pembangunan Masyarakat Sejahtera PPMS atas penganjuran majlis seperti ini. Semoga semua NGO India Muslim terus kuat bekerjasama dengan Zakat Pulau Pinang untuk memberi manfaat kepada umat dan terus menjadi idola yang positif buat masyarakat.