Sebentar tadi Tuan Mohamad Ashraf Bin Md Iqbar, CEO MDI Fortune Sdn Bhd telah menunaikan kewajipan zakat perniagaan beliau bagi haul 2024 di Ibu Pejabat Zakat Pulau Pinang.
Moga dengan tertunainya zakat beliau dapat lagi membantu lebih ramai asnaf di negeri kita. Doakan juga semoga Allah mudahkan semua urusan, diberkatiNya perniagaan MDI FORTUNE SDN BHD, memberikan kerahmatan, pahala berlipat ganda buat tuan sekeluarga sempena di bulan Ramadan yang penuh barakah ini. Aamiin YRA.