ππππππΌπ ππππ ππππΌπ πππππππΌπ & ππππΌππΌπ πππ ππ ππππΌπππ (ππππ½πΌππΌπ ππΌππΌπ ππππππΌππΌπΌπ)
Bahagian Dakwah Korporat ZPP telah mengadakan program yang sangat signifikan dengan tujuan mengeratkan lagi silaturahmi bersama pembayar zakat perniagaan selain berkongsi informasi terkini berkenaan Zakat Pulau Pinang.
Di antara aktiviti yang diadakan dalam program ini ialah:
1. Taksiran Zakat Perniagaan bersama pemilik Izzul Dental Laboratory Taman Penaga Permai.
2. Pertemuaan dengan Pengurus Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Tasek Gelugor.
3. Penyampaian Sijil Muzakki kepada Pemilik Perniagaan baharu yang menunaikan Zakat Perniagaan iaitu: U.n.i Klinik Bertam, Restoran Thaiyyub Nasi Kandar dan Petronas Bertam Perdana Penang.
4. Pertemuaan korporat bersama Ahli Perniagaan yang terkenal yang merupakan pemilik Karnival Mahabbah at Ramadhan Syawal, Bertam Kiosk, Kepala Batas dan Malaysia Thailand Halal Food Festival iaitu Ybhg. Mejar Bersekutu (PA) Tuan Haji Zaini Aboo Hassan, Pengarah Tunas Indah Niaga, Gat Management, Project Malaya.