Syarikat operasi McDonald’s Malaysia, Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd tunaikan zakat perniagaan kepada Zakat Pulau Pinang, MAINPP.
Zakat berjumlah RM250,000 tersebut diserahkan oleh YBhg. Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia kepada YBhg Dato’ Amran Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang dengan disaksikan oleh TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang dalam satu majlis yang diadakan sempena perasmian McDonald’s pandu-lalu Ikea Batu Kawan.
Terima kasih Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd. Moga perniagaan yang dijalankan semakin berkembang maju dan diberkati Allah.