Kelmarin Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang bersama pihak Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK) menziarahi dan menyampaikan sumbangan awal buat keluarga yang terlibat dalam kebakaran di Pekan Darat beberapa hari lalu. Bantuan selanjutnya akan menyusul Insya-Allah.
Terima kasih atas sokongan dan sumbangan zakat anda semua. Doakan semoga Allah memberi ganti sesuatu yang lebih baik serta mempermudahkan segala urusan keluarga saudara kita ini. Ameen..