Telah berlangsung Kem Mathzania Siri 2/2024 pada 27 & 28 September 2024 (Jumaat & Sabtu) bertempat di Pusat Latihan Zakat (PULAZA). Seramai 10 orang Jurulatih Utama (Guru) dan 120 orang murid dari 8 buah Sekolah-sekolah Rendah Daerah Barat Daya & Seberang Perai Utara yang terlibat dalam kem 2 hari 1 malam ini.
Kem ini adalah di bawah kelolaan Unit Pendidikan & Dermasiswa Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dengan kerjasama Zakat Pulau Pinang (ZPP) dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP). Program ini merupakan sebahagian dari program Mutiara Program Didik Cemerlang Akademik (MPDCA).
Melalui program MPDCA, pelajar-pelajar di sekolah akan menerima manfaat dari pelbagai program termasuk kelas-kelas tambahan & bengkel menjawab soalan peperiksaan secara percuma.
Terima Kasih dari kami buat semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.