Zakat Pulau Pinang (ZPP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menjalinkan kerjasama dalam aspek perkongsian data dan maklumat bagi membolehkan golongan asnaf di negeri ini dipelihara dengan sewajarnya.
Kerjasama tersebut dinyatakan secara rasmi dalam satu Majlis Pemeteraian Memorandum Kolaborasi (MoC) Antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Zakat Pulau Pinang yang diadakan hari ini. Memorandum tersebut ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Dato’ Amran Hazali dan Ketua Eksekutif Perkeso, Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Dato’ Aziz Mohammed.
Kerjasama ini akan membolehkan ZPP dan Perkeso berkongsi data dan maklumat terutamanya golongan yang memerlukan.
Dato’ Amran Hazali berkata, Perkeso boleh merujuk kepada ZPP sama ada bantuan sudah disalurkan dan ZPP juga boleh merujuk kepada Perkeso jumlah bantuan yang telah diberikan kepada golongan terlibat, supaya dapat dikenal-pasti golongan yang belum dibantu.
Semoga dengan kerjasama ini, dapat mempertingkatkan kecekapan tadbir urus ZPP bagi membantu golongan memerlukan yang tercicir daripada menerima bantuan sebelum ini.