Pembayaran zakat perniagaan oleh USAINS Group Of Companies yang berlangsung pagi tadi di Taman Botani Pulau Pinang. Zakat yang berjumlah RM116,000.00 bagi haul 2022 tersebut telah serahkan oleh YBhg Datuk (Dr.) Habsah Hashim, Pengerusi Lembaga Pengarah USAINS Group Of Companies kepada Encik Mohd Kairi Ghazalli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi, Zakat Pulau Pinang sambil disaksikan bersama beberapa Ahli Lembaga Pengarah USAINS yang lain. Terima kasih Usains Group.
Zakat Pulau Pinang telah memperkenalkan Skim Wakalah iaitu dasar pengembalian wang zakat oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) kepada entiti yang membayar zakat kepada Zakat Pulau Pinang untuk diagihkan kepada asnaf yang layak.
USAINS Group Of Companies yang merupakan cabang komersil Universiti Sains Malaysia (USM) turut ingin menyumbang kembali wang yang diterima melalui Skim Wakalah ini kepada golongan asnaf di kalangan staf dan pelajar USM.