Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah menerima lawatan mahabbah dari LZS yang diketuai oleh En. Ahmad Fadhil bin Hassan, Ketua Pegawai Operasi LZS. Rombongan dari LZS ini disambut mesra oleh Ketua Pegawai Operasi ZPP, Ts. Dr. Hj. Samsudin bin Wahab dan beberapa pegawai kanan ZPP.
Antara tujuan utama kunjungan ini adalah bagi mewujudkan jalinan silaturahim dan kerjasama lebih erat di antara dua buah agensi ini serta dapat membantu golongan asnaf yang memerlukan bantuan.
Semoga dengan kerjasama dan silaturahim antara dua agensi ini akan menyumbang kepada penambahbaikkan bersama.