Alhamdulillah, Assets Care Solution Sdn. Bhd. telah menunaikan Zakat Perniagaan mereka di GBS@Mayang.
Terima kasih atas kepercayaan dan komitmen pihak syarikat dalam melaksanakan tanggungjawab berzakat bersama Zakat Pulau Pinang. Semoga zakat yang ditunaikan ini membawa keberkatan kepada syarikat, para pekerja, dan asnaf yang memerlukan.
Semoga Allah SWT terus melimpahkan rezeki yang meluas serta kejayaan berpanjangan kepada Assets Care Solution Sdn. Bhd. Aamiin Ya Rabbal Alamin.