Jabatan Projek Khas ZPP, MAINPP dengan kerjasama beberapa agensi telah menganjurkan Program Jelajah Taklimat Bimbingan Kecemerlangan Halal Pulau Pinang Siri 3 di kawasan Penanti.
Ucapan penyempurnaan majlis dan penyerahan skim khas suntikan Modal Perniagaan bernilai RM 100,000.00 dari sumber zakat kepada 50 orang penerima disempurnakan oleh YB. Dato’ Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
Semoga program ini memberikan impak positif kepada semua usahawan kecil dalam mengukuhkan lagi kecemerlangan halal di Pulau Pinang.