Baru- baru ini Zakat Pulau Pinang telah diundang untuk menghadiri World Zakat & Waqf Forum (WZWF) anjuran National Zakat Foundation (NZF) pada 28-30 September 2022 yang lalu. Forum kali ini telah diadakan di Leeds, United Kingdom. Persidangan ini menghimpunkan beberapa buah agensi mengurus zakat di dalam dan luar negara.
Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Dato’ Amran Bin Hazali telah dijemput untuk menjadi salah seorang panel dalam forum kali ini. Ini merupakan peluang terbaik kepada ZPP untuk mengenengahkan idea dan pandangan kepada kalangan ahli forum selain dapat menonjolkan ZPP ke peringkat global.
InshaAllah WZWF tahun 2023 akan diadakan di Negeri Kedah dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) akan menjadi host kepada persidangan berkenaan.