Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah menganjurkan Kursus Pembuatan Cookies & Durian Crepe di dewan JKKK Sungai Kechil. Kursus di bawah Program Pemerkasaan Asnaf Zakat Pulau Pinang (ZPP) ini telah disertai seramai 60 orang peserta termasuk seorang peserta kelainan upaya.
Inisiatif yang dikendalikan oleh Bahagian Keusahawanan, ZPP ini merupakan salah satu usaha bagi memperkasakan usahawan asnaf khususnya peniaga-peniaga kecil Muslim di Pulau Pinang agar mampu menjana pendapatan, mengembangkan perniagaan dan seterusnya menjadikan mereka daripada seorang mustahik (penerima) kepada seorang muzakki (pembayar zakat) yang berjaya.
Majlis perasmian kursus telah disempurnakan oleh YB Fahmi Zainol, Exco Agroteknologi & Keterjaminan Makanan Dan Pembangunan Koperasi merangkap Ahli Lembaga Pengarah ZPP mewakili YB Dato’ Dr Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Turut hadir, YBhg. Dato’ Hj. Alias Hj. Ali, Ahli Lembaga Pengarah ZPP dan En. Abdul Rahim Hj. Ahmad, Pengerusi MPKK Sungai Kechil.
Terima kasih tidak terhingga atas sokongan dan sumbangan anda semua. Zakat anda akan terus dimanfaatkan, insya-Allah.