Notis Privasi Zakat Pulau Pinang

Zakat Pulau Pinang Majlis Agama Islam Pulau Pinang (dikenali sebagai “ZPP MAINPP” atau “kami”) komited untuk melindungi data peribadi dan mengambil kira hak anda dalam pengumpulan, penggunaan dan penyimpanan data peribadi anda. Kami senantiasa memberikan keutamaan tinggi terhadap perkara-perkara berkaitan perlindungan data peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

“ZPP MAINPP ” atau “kami” dalam Polisi ini merujuk kepada ibu pejabat Zakat Pulau Pinang dan cawangannya di Pulau Pinang.

Pengumpulan Dan Penggunaan Maklumat

Kami mengumpul beberapa jenis maklumat untuk pelbagai tujuan untuk menyediakan dan meningkatkan Perkhidmatan kami kepada anda.

  1. APAKAH DATA PERIBADI?

“Data Peribadi” merujuk kepada apa-apa maklumat berkenaan dengan transaksi komersial yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan individu, yang dikenal pasti atau dapat dikenal pasti daripada maklumat itu atau daripada maklumat itu dan maklumat lain yang dimiliki oleh ZPP MAINPP, termasuk apa-apa data peribadi sensitif dan pendapat yang dinyatakan tentang individu tersebut.

“Data Peribadi Sensitif” merujuk sebagai maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental seseorang individu, pendapat politiknya, kepercayaan agamanya dan kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya, pelakuan atau pengataan pelakuan apa-apa kesalahan olehnya atau apa-apa data peribadi lain yang ditentukan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perlindungan data peribadi melalui perintah yang disiarkan dalam warta.

  • PEMBERITAHUAN DAN PERSETUJUAN

Apabila anda meminta maklumat atau menggunakan perkhidmatan ZPP MAINPP, anda mungkin dikehendaki memberikan data peribadi anda kepada ZPP MAINPP. Dengan berbuat demikian, anda bersetuju dengan penggunaan data peribadi anda oleh ZPP MAINPP menurut Polisi ini. Data peribadi anda juga mungkin telah dikemukakan kepada ZPP MAINPP oleh pihak ketiga (contohnya, oleh pasangan anda, syarikat di mana anda merupakan pengarahnya, pegawai atau pemegang saham, atau perkongsian di mana anda merupakan rakan kongsi) untuk perkhidmatan yang diperlukan oleh pihak ketiga berkenaan daripada ZPP MAINPP.

Dalam konteks ini, terma “anda” dalam Polisi ini juga akan digunakan bagi mana-mana individu yang mana data peribadinya telah dikemukakan kepada ZPP MAINPP dan/atau telah diperolehi menerusi kaedah seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 5 Polisi ini.

Anda mempunyai pilihan, pada bila-bila masa, untuk tidak memberikan data peribadi anda atau menarik balik persetujuan anda untuk membenarkan ZPP MAINPP memproses data peribadi anda.

  • AKIBAT KEENGGANAN / KEGAGALAN MENYEDIAKAN DATA PERIBADI

Kegagalan memberikan data peribadi tersebut atau tindakan anda menarik balik persetujuan anda untuk memproses data peribadi yang diberikan mungkin mengakibatkan ZPP MAINPP tidak dapat menyediakan perkhidmatan kepada anda secara berkesan dan berterusan.

Sila ambil perhatian bahawa kegagalan anda untuk memberikan Data Peribadi anda boleh menyebabkan yang berikut: –

  1. ketidakupayaan kami untuk berkomunikasi dengan anda atau

menyediakan perkhidmatan yang anda perlukan; dan

  • ketidakupayaan kami untuk memberikan anda kemas kini berkenaan pelancaran terkini dan / atau produk kami;
  • APAKAH JENIS DATA PERIBADI YANG KAMI KUMPUL

Jenis data peribadi yang kami kumpul termasuk, tetapi tidak terhad kepada:-

  1. nama;
  2. alamat perhubungan;
  3. umur;
  4. pekerjaan;
  5. status perkahwinan;
  6. maklumat kewangan;
  7. kad pengenalan;
  8. passport;
  9. tempat lahir; dan
  10. sejarah urusan transaksi anda.

Kami mungkin mengumpul data peribadi sensitif anda jika anda berurusan dengan ZPP MAINPP yang menghendaki anda supaya mendedahkan data peribadi sensitif tersebut kepada pihak kami.

Kami hanya akan menggunakan data peribadi sensitif anda untuk menyediakan perkhidmatan yang diperlukan oleh anda sahaja. Jika kami memproses data peribadi sensitif anda, kami akan mendapatkan persetujuan anda terlebih dahulu.

Data peribadi yang kami kumpul boleh dikategorikan sebagai sama ada wajib diberikan atau diberikan secara sukarela. Data peribadi yang wajib diberikan ialah data peribadi yang kami perlukan supaya kami dapat menyediakan perkhidmatan kami kepada anda. Jika anda tidak memberikan data peribadi tersebut, kami tidak akan dapat menyediakan perkhidmatan kami kepada anda. Keperluan data peribadi yang diberikan secara sukarela ialah data peribadi yang tidak wajib diberikan bagi membolehkan kami menyediakan perkhidmatan kami kepada anda. Jika anda tidak memberikan data peribadi tersebut, anda masih boleh menggunakan perkhidmatan kami.

Data peribadi yang wajib diberikan atau diberikan secara sukarela adalah berbeza-beza mengikut setiap perkhidmatan yang kami tawarkan.

  • BAGAIMANAKAH CARA KAMI MENGUMPUL DATA PERIBADI ANDA

Kami memperoleh data peribadi anda dengan pelbagai cara, seperti :

  • Apabila anda menggunakan salah satu daripada perkhidmatan yang kami sediakan.
  • Apabila anda menghubungi ZPP MAINPP menerusi pelbagai kaedah seperti borang permohonan, e-mel dan surat, panggilan telefon serta perbualan anda dengan pusat panggilan kami.
  • Jika anda menghubungi kami atau kami menghubungi anda melalui telefon, kami mungkin memantau atau merekodkan panggilan telefon tersebut untuk tujuan jaminan kualiti, latihan dan keselamatan.
  • Daripada analisa yang kami lakukan terhadap transaksi anda.
  • Kami juga mungkin memperoleh data peribadi anda apabila anda menyertai kaji selidik pelanggan atau apabila anda mendaftar diri untuk mana-mana peraduan atau promosi kami.
  • Apabila kami memperolehi apa-apa data dan maklumat daripada pihak yang diberi kuasa (contohnya, agensi kawal selia, dan penguatkuasaan yang dibenarkan).
  • Apabila kami memperolehi apa-apa data dan maklumat dari pihak ketiga.
  • Apabila anda memeterai sebarang transaksi komersial dengan ZPP MAINPP, termasuk tetapi tidak terhad, bagi menyediakan barangan dan/atau perkhidmatan atau perkhidmatan profesional anda.
  • Laman sesawang dan media sosial ZPP MAINPP yang lain.
  • Daripada sumber-sumber umum.
  • APAKAH TUJUAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI ANDA?

Kami mungkin memproses data peribadi anda untuk sebab berikut :

  • Menilai permohonan anda untuk mana-mana perkhidmatan kami.
  • Mengurus dan menyelenggara akaun dan kemudahan anda.
  • Menilai keperluan kewangan anda dan meneruskan pelaksanaan obligasi

kontrak yang diikat antara ZPP MAINPP dengan diri anda.

  • Menjawab pertanyaan dan aduan anda serta menyelesaikan pertikaian.
  • Fungsi dalaman seperti menilai keberkesanan pemasaran, penyelidikan

pasaran, analisa dan pemodelan statistik, pelaporan, pengurusan audit dan risiko serta mencegah penipuan.

  • Menyerahkan data kepada organisasi/ syarikat yang diberi kebenaran oleh

ZPP MAINPP untuk menyediakan perkhidmatan atau menyerahkan bantuan berbentuk wang, barang-barang keperluan, kursus, latihan dan lain-lain yang berkaitan bagi tujuan manfaat kepada anda.

Selain itu, kami juga mungkin menggunakan data peribadi anda untuk memenuhi apa-apa keperluan kawal selia dan untuk apa-apa sebab lain yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan yang anda perlukan.

  • KEPADA SIAPAKAH KAMI AKAN MENDEDAH DATA PERIBADI ANDA?

Data peribadi anda yang kami pegang akan dirahsiakan. Walau bagaimanapun, bagi membolehkan kami menyediakan perkhidmatan kepada anda secara berkesan dan berterusan serta mematuhi apa-apa keperluan undang-undang dan peraturan, kami mungkin perlu mendedahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak seperti berikut sebagaimana yang difikirkan patut oleh ZPP MAINPP:

  • As-Sahabah Urus Zakat Sdn. Bhd. yang menggunakan jenama Zakat Pulau Pinang Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (ZPP MAINPP), ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Seksyen 9(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) Tahun 2004 dan diberi kuasa memungut dan mengagihkan zakat sebagaimana peruntukkan Seksyen 7(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) Tahun 2004.
  • Wakil Kutipan Zakat dan Penolong Amil yang dilantik oleh kami bagi melaksanakan tugas mengutip zakat di Pulau Pinang.
  • Wakil dan Penyedia perkhidmatan yang dilantik oleh kami untuk pelaksanaan beberapa fungsi, perkhidmatan dan aktiviti kami.
  • Rakan kongsi strategik dan penasihat atau konsultan kami.
  • Agensi penguatkuasaan, kawal selia dan kerajaan, seperti yang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang, dibenarkan oleh mana-mana perintah mahkamah atau untuk memenuhi obligasi kepada pihak berkuasa kawal selia.
  • Pihak yang diberi kebenaran oleh anda.

Anda mungkin menerima makluman pemasaran daripada pihak kami atau entiti lain tentang perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda. Jika anda berhasrat untuk tidak mahu menerima makluman pemasaran ini, sila maklumkan kepada pihak kami untuk menarik balik persetujuan anda dan kami akan berhenti memproses dan berkongsi data peribadi anda dengan entiti lain untuk tujuan penghantaran makluman pemasaran kepada anda.

Anda mempunyai pilihan untuk menarik balik persetujuan anda untuk menerima bahan/makluman pemasaran atau promosi. Anda boleh menghubungi kami melalui talian atau laman sesawang.

Sila ambil maklum bahawa sebaik sahaja kami menerima pengesahan tentang permintaan untuk menarik balik persetujuan anda untuk menerima bahan/makluman pemasaran atau promosi, ia mungkin mengambil masa sehingga empat belas (14) hari bekerja sebelum penarikan balik persetujuan anda dipaparkan dalam sistem kami. Oleh itu, anda mungkin masih menerima bahan/makluman pemasaran atau promosi semasa tempoh tersebut.

Sila ambil perhatian bahawa walaupun anda memilih untuk tidak lagi menerima bahan pemasaran atau promosi, ZPP MAINPP mungkin masih menghubungi anda untuk tujuan lain selain pemasaran atau promosi seperti urusan berkaitan akaun, kemudahan atau perkhidmatan sedia ada ZPP MAINPP yang digunakan oleh anda.

Jika anda telah mengemukakan data peribadi pihak ketiga kepada ZPP MAINPP, sila pastikan bahawa anda telah mendapatkan kebenaran daripada pihak ketiga yang berkenaan untuk pemprosesan dan pendedahan data peribadi mereka dan Polisi ini telah dikemukakan terlebih dahulu untuk perhatian pihak ketiga tersebut.

  • BAGAIMANA KAMI MELINDUNGI DATA ANDA?

Kami komited dalam memastikan keselamatan data peribadi anda. Bagi mengelak akses dan tanpa kebenaran, kami sudah melaksanakan kaedah pencegahan fizikal, elektronik, dan prosedur pengesahan yang bersesuaian bagi melindungi dan memastikan keselamatan data peribadi yang dikumpulkan daripada anda dan/atau daripada sumber lain. Jika kami mendedahkan apa-apa data peribadi anda kepada pihak-pihak yang dinyatakan di dalam Seksyen 7, mereka mempunyai obligasi untuk melindungi data peribadi yang diberikan kepada mereka sewajarnya.

  • AKSES/PEMBETULAN DAN KEMASKINI DATA PERIBADI

Kami komited untuk memastikan bahawa data peribadi yang kami dapati daripada anda adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Sila hubungi kami jika terdapat sebarang perubahan kepada data peribadi anda atau jika anda percaya bahawa data peribadi yang kami pegang adalah tidak tepat, tidak lengkap atau bukan yang terkini.
Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, anda mempunyai hak untuk mengakses data peribadi anda. Jika anda ingin mengakses data peribadi anda, sila hubungi kami. Kami juga mungkin mengambil langkah untuk mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi permintaan anda untuk mengakses data peribadi anda.

  1. BERAPA LAMAKAH KAMI BOLEH MENYIMPAN DATA PERIBADI ANDA?

Kami hanya akan menyimpan data peribadi anda selama mana yang perlu untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan atau untuk mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan serta keperluan dalaman.

  1. PERUBAHAN PADA NOTIS PRIVASI INI

Kami mungkin mengemaskini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Jika terdapat perubahan ketara pada Notis Privasi ini, kami akan memberitahu anda dengan memaparkan notis tentang perubahan tersebut di laman web kami atau menhantar pemberitahuan kepada anda secara terus. Semak semula Notis Privasi ini dari semasa ke semasa supaya anda sentiasa maklum tentang cara kami melindungi maklumat anda. Kami menggalakkan anda untuk kerap melawati laman sesawang ZPP MAINPP dari semasa ke semasa untuk sentiasa maklum tentang cara kami melindungi maklumat anda.

Penafian

Semua maklumat di laman web ini ( https://zakatpenang.com ) diterbitkan dengan tujuan memberikan manfaat yang baik dan untuk tujuan maklumat umum sahaja. Zakat Pulau Pinang Majlis Agama Islam Pulau Pinang (ZPP MAINPP) tidak membuat sebarang jaminan mengenai kesempurnaan, kebolehpercayaan dan ketepatan maklumat ini.

Sebarang tindakan yang anda ambil atas maklumat dari laman web ini Zakat Pulau Pinang Majlis Agama Pulau Pinang (ZPP MAINPP), adalah dengan risiko anda sendiri. ZPP MAINPP tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian dan / atau kerosakan yang berkaitan dengan penggunaan laman web kami.

Persetujuan

Dengan menggunakan laman web kami, anda bersetuju dengan penafian kami dan bersetuju dengan termanya.

Kemaskini

Sekiranya kami mengemaskini, meminda atau membuat apa-apa perubahan pada dokumen ini, perubahan tersebut akan disiarkan dengan jelas di sini. Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut atau mempunyai sebarang soalan mengenai penafian portal kami, sila hubungi ZPP MAINPP melalui emel di admin@zakatpenang.com.

Notis Privasi ini kali terakhir dikemas kini pada September 2021.

Hubungi kami

Untuk Sebarang Pertanyaan Mengenai Notis Privasi Ini, Permintaan Atau Mengemaskini Data Peribadi Anda, Anda Boleh Pada Bila- Bila Masa Hubungi Kami Di Talian Telefon Di 04-549 8088 Dengan Memberikan Nama Penuh Anda Dan Nombor Pengenalan Untuk Pengesahan Diri.

 

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist