Berita 2023

4 DISEMBER 2023 – MAJLIS BAYARAN ZAKAT KORPORAT & SERAHAN ZAKAT UNTUK PESAKIT ASNAF DI HOSPITAL

Majlis yang berlangsung sebentar tadi ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Dr Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Turut hadir dalam majlis ini, Dato’ Dr. Roslan bin Ahmad, Timbalan YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Dato’ Hj. Rosidi bin Hussin, Setiausaha MAINPP, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang (ZPP); pembayar-pembayar zakat korporat serta wakil-wakil Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital.
Antara agensi yang menyerahkan zakat perniagaan dalam majlis ini adalah :
1. BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD (AGROBANK). Zakat diserahkan oleh En. Aminuddin Amenon, Chief Development Officer Agrobank. Zakat yang berjumlah RM100,326.25 bagi haul 2022.
2. PERDA VENTURES INCORPORATED SDN BHD (PVISB). Zakat diserahkan oleh En. Noorkhaizan Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif PVISB. Zakat yang berjumlah RM105,276.87 bagi haul 2022.
3. ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (ANGKASA). Zakat diserahkan oleh Tn. Haji Mohd Jamil Othman, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Pulau Pinang. Zakat yang berjumlah RM111,105.53 bagi haul 2022.
4. AFFIN ISLAMIC BANK BERHAD. Zakat diserahkan oleh Tn. Haji Musa Abdul Malek, Pengerusi Affin Islamic Bank Berhad. Zakat berjumlah RM250, 000 bagi haul 2022.
5. CO-OPBANK PERTAMA MALAYSIA BERHAD (CBP). Zakat diserahkan oleh, Pn. Hajjah Nor Hidayah Omar, Pengerusi CBP. Zakat berjumlah RM464,742 bagi Haul 2022.
6. KOPERASI TUNAS MUDA SUNGAI ARA BERHAD & SUBSIDIARI. Zakat diserahkan oleh, Encik Suhaimi Abdul Jalil, Pengerusi KTMSAB.
– Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad – RM459,882.28
– Tunas Harta Sdn Bhd – RM20,051.18
– Sri Tunas Edar Sdn Bhd – RM4,733.51
– Sri Tunas Sdn Bhd – RM155,854.82
Dalam majlis yang sama, ZPP turut menyerahkan geran tahunan zakat berjumlah RM132,000.00 kepada 5 buah hospital dan sebuah klinik kesihatan. Pengagihan geran ini yang saban tahun dilakukan adalah bagi meringankan beban pesakit beragama Islam yang kurang berkemampuan dan memerlukan pembiayaan bagi menjalani rawatan di hospital dan ianya diuruskan oleh Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital-Hospital Negeri Pulau Pinang dengan perincian seperti berikut :
1. Hospital Besar Pulau Pinang menerima sebanyak RM80,000.00
2. Hospital Seberang Jaya menerima sebanyak RM35,000.00
3. Hospital Bukit Mertajam menerima sebanyak RM10,000.00
4. Hospital Kepala Batas menerima sebanyak RM10,000.00
5. Hospital Sungai Bakap menerima sebanyak RM5,000.00
6. Klinik Kesihatan Barat Daya menerima sebanyak RM2,000.00

Semoga dengan program Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang ini akan menyemarakkan kesedaran menunaikan ibadah zakat bagi menyantuni masyarakat Muslim yang tidak berkemampuan di Pulau Pinang.

SITI JAUHARAH

Zakat Pulau Pinang merupakan organisasi di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Urus Zakat (PUZ).

Recent Posts

12 DISEMBER 2023 – ZIARAH ASNAF PENERIMA SKIM PERUBATAN DAN SKIM SARAHIDUP SEKITAR SPU, SPS DAN TL

Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang turun menziarahi asnaf-asnaf yang memerlukan Skim…

54 years ago

9 DISEMBER 2023 – PROGRAM KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Di akhir program ini diharapkan para peserta akan berkemampuan untuk memahami konsep pengurusan dan keperluan…

54 years ago

8 DISEMBER 2023 – LAWATAN LAPANGAN KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZPP DAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Seramai 30 orang peserta Kursus Pembangunan Usahawan Zakat Pulau Pinang Dalam Pensijilan Halal Malaysia dibawa…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – BENGKEL PEMURNIAAN KIT DLP MATEMATIK & SAINS SEKOLAH RENDAH DI BAWAH MPDCA TAHUN 2024

Bengkel ini telah berlangsung pada 06 - 07 Disember 2023 bertempat di Iconic Hotel, Bukit…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Kursus yang dikendalikan oleh Bahagian Keusahawanan Asnaf, Jabatan Agihan & Pembangunan Masyarakat, Zakat Pulau Pinang…

54 years ago