Berita 2023

30 NOVEMBER 2023 – MAJLIS APRESIASI SUKARELAWAN PENGEMASKINI DATA DAN PENYERAHAN SAGUHATI JAWATANKUASA KARIAH NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2023

Objektif majlis bersempena Program Bulan Zakat Negeri Pulau Pinang Tahun 2023 ini diadakan adalah untuk menghargai 130 orang Sukarelawan Pengemaskini Data dilantik pada 30 Januari 2023. Skop kerja sukarelawan merangkumi kerja-kerja mengemaskini data asnaf fakir dan miskin bagi penerima Saguhati Hari Raya Tahun 2022. Hal ini bagi memastikan penerima Saguhati Hari Raya adalah terdiri daripada asnaf yang berhak menerima.

Majlis Penyerahan Saguhati Jawatankuasa Kariah Negeri Pulau Pinang pula diadakan sebagai apresiasi Zakat Pulau Pinang (ZPP) secara konsisten saban tahun kepada Ahli Jawatankuasa Kariah iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari yang melaksanakan urusan bancian dan pendaftaran orang-orang Islam yang bermastautin atau bermukim dalam kariah di negeri Pulau Pinang.
Selain itu, majlis ini adalah untuk memberi suntikan semangat dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang serta dapat menjalinkan kerjasama dan ukhwah antara Jawatankuasa Kariah Negeri Pulau Pinang dengan ZPP.
ZPP memperuntukkan sebanyak RM506,200.00 bagi Saguhati Jawatankuasa Kariah dan RM418,000.00 bagi Elaun Mesyuarat Jawatankuasa Kariah bagi Tahun 2023.
Peruntukan yang disediakan ini meliputi kenaikan kadar kepada:
i. Pengerusi Kariah sebanyak RM700.00 – kenaikan sebanyak RM100.00
ii. Timbalan Pengerusi Kariah sebanyak RM600.00 – kenaikan sebanyak RM200.00
iii. Setiausaha Kariah kekal sebanyak RM600.00; dan
iv. Bendahari Kariah sebanyak RM600.00 – kenaikan sebanyak RM200.00

ZPP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua sukarelawan dan Jawatankuasa Kariah yang banyak membantu dan menyokong kempen ZPP dengan menghebah dan mempromosikan kewajipan zakat kepada masyarakat Islam selama ini. Semoga Allah membalas usaha anda semua dengan ganjaran kebaikan insya-Allah.

SITI JAUHARAH

Zakat Pulau Pinang merupakan organisasi di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Urus Zakat (PUZ).

Recent Posts

12 DISEMBER 2023 – ZIARAH ASNAF PENERIMA SKIM PERUBATAN DAN SKIM SARAHIDUP SEKITAR SPU, SPS DAN TL

Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang turun menziarahi asnaf-asnaf yang memerlukan Skim…

54 years ago

9 DISEMBER 2023 – PROGRAM KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Di akhir program ini diharapkan para peserta akan berkemampuan untuk memahami konsep pengurusan dan keperluan…

54 years ago

8 DISEMBER 2023 – LAWATAN LAPANGAN KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZPP DAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Seramai 30 orang peserta Kursus Pembangunan Usahawan Zakat Pulau Pinang Dalam Pensijilan Halal Malaysia dibawa…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – BENGKEL PEMURNIAAN KIT DLP MATEMATIK & SAINS SEKOLAH RENDAH DI BAWAH MPDCA TAHUN 2024

Bengkel ini telah berlangsung pada 06 - 07 Disember 2023 bertempat di Iconic Hotel, Bukit…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Kursus yang dikendalikan oleh Bahagian Keusahawanan Asnaf, Jabatan Agihan & Pembangunan Masyarakat, Zakat Pulau Pinang…

54 years ago