Berita 2023

5 DISEMBER 2023 – ZPP SERAH TRAK DAKWAH KEPADA IPSI

Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah menyerahkan sebuah trak dakwah kepada Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) dalam satu majlis yang berlangsung di Bangunan Islamic Propagation Society International (IPSI) di Jalan Argyl.

Trak dakwah yang lengkap diubahsuai mengikut kesesuaian sebagai ‘lori pentas’ yang berjumlah RM295,000.00 itu diserahkan kepada IPSI, sebuah pertubuhan sukarela yang berpengalaman dalam usaha dakwah hampir 30 tahun di Pulau Pinang. IPSI aktif menjalankan aktiviti dakwah dan dialog antara agama yang bertujuan membina persefahaman antara penganut agama dari kepelbagaian yang wujud, seterusnya dapat membina sikap keterbukaan, sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) melalui agensinya Zakat Pulau Pinang sentiasa melihat keperluan dakwah adalah agenda utama dalam bentuk penyaluran agihan zakat.
Pada tahun 2023 Zakat Pulau Pinang telah memperuntukkan RM4.43 juta untuk program dakwah melalui agihan Asnaf Muallaf. Peruntukan ini disalurkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang untuk program-program dakwah khususnya kepada pengurusan Darul Hidayah dan sebagainya.
Di samping itu, sumbangan kepada NGO seperti IPSI, Gabungan Dakwah Malaysia Pulau Pinang dan lain-lain lagi adalah bagi merancakkan aktiviti menyampaikan dakwah dan syiar Islam kepada masyarakat Islam termasuk golongan Saudara Kita di Pulau Pinang.
Majlis telah disempurnakan oleh Dato’ Dr. Roslan bin Ahmad, Timbalan Yang Dipertua MAINPP mewakili YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua MAINPP. Simbolik penyerahan kunci trak dakwah tersebut telah diserahkan kepada Pengasas dan Presiden IPSI, Dato’ Haji Kamarudin bin Abdullah.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Dato’ Hj. Amran Hazali; Mufti Pulau Pinang, Dato’ Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor serta Ahli-ahli Lembaga Pengarah ZPP.

 

SITI JAUHARAH

Zakat Pulau Pinang merupakan organisasi di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Urus Zakat (PUZ).

Recent Posts

12 DISEMBER 2023 – ZIARAH ASNAF PENERIMA SKIM PERUBATAN DAN SKIM SARAHIDUP SEKITAR SPU, SPS DAN TL

Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang turun menziarahi asnaf-asnaf yang memerlukan Skim…

54 years ago

9 DISEMBER 2023 – PROGRAM KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Di akhir program ini diharapkan para peserta akan berkemampuan untuk memahami konsep pengurusan dan keperluan…

54 years ago

8 DISEMBER 2023 – LAWATAN LAPANGAN KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZPP DAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Seramai 30 orang peserta Kursus Pembangunan Usahawan Zakat Pulau Pinang Dalam Pensijilan Halal Malaysia dibawa…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – BENGKEL PEMURNIAAN KIT DLP MATEMATIK & SAINS SEKOLAH RENDAH DI BAWAH MPDCA TAHUN 2024

Bengkel ini telah berlangsung pada 06 - 07 Disember 2023 bertempat di Iconic Hotel, Bukit…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Kursus yang dikendalikan oleh Bahagian Keusahawanan Asnaf, Jabatan Agihan & Pembangunan Masyarakat, Zakat Pulau Pinang…

54 years ago