Berita 2022

15 DISEMBER 2022 – ZPP TERIMA PENSIJILAN ISO 9001:2015 SISTEM PENGURUSAN KUALITI

BUKIT MERTAJAM – Zakat Pulau Pinang (ZPP) menerima pengiktirafan antarabangsa melalui pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 dan Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah MS 1900:2014.

Pengiktirafan yang diterima ini bagi tujuan mempertingkatkan daya saing dan mengukuhkan tadbir urus ZPP.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Amran Hazali berkata, penganugerahan Sijil MS ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014 itu dilihat memberi pengiktirafan kepada ZPP dalam usaha membuktikan kebolehan dan keupayaan untuk menyediakan perkhidmatan yang memenuhi keperluan pelanggan serta perundangan secara konsisten sebagai sebuah institusi zakat di Pulau Pinang.
Menurutnya, membangunkan dan melaksanakan sistem pengurusan kualiti dalam persekitaran yang semakin dinamik dan kompleks merupakan satu keputusan strategik bagi ZPP kerana ia merupakan salah satu kaedah yang telah terbukti dapat membantu meningkatkan prestasi secara menyeluruh.
“Pensijilan ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014 adalah satu standard yang menggariskan asas-asas utama bagi mewujudkan dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti yang berkesan dan menepati tujuan penubuhan.
“Melalui pelaksanaan sistem pengurusan kualiti, organisasi dapat mengenalpasti peluang penambahbaikan dan keperluan sumber dalam penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan melalui pemantauan dan penilaian dan dilaksanakan secara berkala.
“Selain itu, pelaksanaan sistem pengurusan kualiti memberi pendedahan tentang pengurusan risiko dengan mengenalpasti, menilai dan menangani risiko di dalam organisasi,”katanya ketika berucap pada Majlis Malam Anugerah Sijil MS ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014 di sini, pada Khamis.
Hadir sama Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang juga Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
SITI JAUHARAH

Zakat Pulau Pinang merupakan organisasi di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Urus Zakat (PUZ).

Recent Posts

12 DISEMBER 2023 – ZIARAH ASNAF PENERIMA SKIM PERUBATAN DAN SKIM SARAHIDUP SEKITAR SPU, SPS DAN TL

Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang turun menziarahi asnaf-asnaf yang memerlukan Skim…

54 years ago

9 DISEMBER 2023 – PROGRAM KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Di akhir program ini diharapkan para peserta akan berkemampuan untuk memahami konsep pengurusan dan keperluan…

54 years ago

8 DISEMBER 2023 – LAWATAN LAPANGAN KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZPP DAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Seramai 30 orang peserta Kursus Pembangunan Usahawan Zakat Pulau Pinang Dalam Pensijilan Halal Malaysia dibawa…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – BENGKEL PEMURNIAAN KIT DLP MATEMATIK & SAINS SEKOLAH RENDAH DI BAWAH MPDCA TAHUN 2024

Bengkel ini telah berlangsung pada 06 - 07 Disember 2023 bertempat di Iconic Hotel, Bukit…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Kursus yang dikendalikan oleh Bahagian Keusahawanan Asnaf, Jabatan Agihan & Pembangunan Masyarakat, Zakat Pulau Pinang…

54 years ago