Berita 2022

15 DISEMBER 2022 – SEMINAR ISU KEFATWAAN ZAKAT TAHUN 2022 (SifZa 2.0)

15 DISEMBER 2022, PERAI – Bersempena Sambutan Bulan Zakat Negeri Pulau Pinang Tahun 2022, Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Seminar Isu Kefatwaan Zakat Tahun 2022 (SifZa 2.0).

Dalam seminar kali ini, 2 kertas kerja telah dibentangkan. Pembentangan Sesi 1 yang bertajuk Isu Kefatwaan Zakat KWSP telah dibentangkan oleh Ustaz Haji Omar Ibrahim Khalid, Pengurus Besar Jabatan Operasi Kutipan, Zakat Pulau Pinang. Pembentangan Sesi 2 pula telah dibentangkan oleh Ustaz Ahmad Husni bin Dato’ Abd Rahman, Pengurus Unit Syariah & Antarabangsa, PPZ-MAIWP.
Dalam SifZa 2.0 kali ini juga, satu satu sesi forum telah diadakan. Forum yang bertajuk Polemik Isu Amil Tanpa Tauliah telah dipengerusikan oleh Ustaz Haji Azhari Haji Ahmad, sementara barisan panelnya terdiri daripada YBhg Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan, YBhg Profesor Dr. Azman Ab Rahman, Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia dan YBhg Dato’ Haji Rosli Othman, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.

Perasmian Seminar Isu Kefatwaan Zakat 2022 (SifZa 2.0) telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, YB Dato’ Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Abd. Rahman. Ucaptama Forum Polemik Isu Amil Tanpa Tauliah telah disampaikan oleh YBhg Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Turut hadir, YBhg Dato’ Samsudin Bakar, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Islam Pulau Pinang, YBhg. En. Mohd Fitri Ibrahim, Dekan dan Pensyarah Institusi Pendidikan Tinggi, Guru-guru Takmir Negeri Pulau Pinang, Wakil-wakil Jabatan, Wakil-wakil Agensi Mengurus Zakat Negeri, Wakil-wakil Kutipan Zakat Pulau Pinang serta pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi.

 

SITI JAUHARAH

Zakat Pulau Pinang merupakan organisasi di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Urus Zakat (PUZ).

Recent Posts

12 DISEMBER 2023 – ZIARAH ASNAF PENERIMA SKIM PERUBATAN DAN SKIM SARAHIDUP SEKITAR SPU, SPS DAN TL

Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang turun menziarahi asnaf-asnaf yang memerlukan Skim…

54 years ago

9 DISEMBER 2023 – PROGRAM KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Di akhir program ini diharapkan para peserta akan berkemampuan untuk memahami konsep pengurusan dan keperluan…

54 years ago

8 DISEMBER 2023 – LAWATAN LAPANGAN KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZPP DAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Seramai 30 orang peserta Kursus Pembangunan Usahawan Zakat Pulau Pinang Dalam Pensijilan Halal Malaysia dibawa…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – BENGKEL PEMURNIAAN KIT DLP MATEMATIK & SAINS SEKOLAH RENDAH DI BAWAH MPDCA TAHUN 2024

Bengkel ini telah berlangsung pada 06 - 07 Disember 2023 bertempat di Iconic Hotel, Bukit…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Kursus yang dikendalikan oleh Bahagian Keusahawanan Asnaf, Jabatan Agihan & Pembangunan Masyarakat, Zakat Pulau Pinang…

54 years ago