Berita 2022

21 DISEMBER 2022 – ZPP LANCAR FARMASI PANEL ASNAF & SERAH GERAN TAHUNAN ZAKAT

Zakat Pulau Pinang telah memperuntukkan geran kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital-Hospital Negeri Pulau Pinang bagi tujuan membantu golongan asnaf fakir dan miskin yang memerlukan bantuan perubatan segera bermula sejak tahun 2015. Antara bentuk bantuan perubatan tersebut adalah seperti kos rawatan, kos pengangkutan ke hospital, kerusi roda, susu formula, lampin pakai buang, tongkat dan lain-lain lagi.
.
Pada tahun ini, Zakat Pulau Pinang memperuntukkan geran tahunan zakat sebanyak RM165,000.00 kepada 5 buah hospital dan sebuah klinik kesihatan seperti perincian berikut :
.
1. Hospital Besar Pulau Pinang menerima sebanyak RM100,000.00
2. Hospital Seberang Jaya menerima sebanyak RM35,000.00
3. Hospital Bukit Mertajam menerima sebanyak RM10,000.00
4. Hospital Kepala Batas menerima sebanyak RM10,000.00
5. Hospital Sungai Bakap menerima sebanyak RM5,000.00; dan
6. Klinik Kesihatan Barat Daya menerima sebanyak RM5,000.00
.
Dalam majlis yang sama, Zakat Pulau Pinang juga telah melancarkan 5 buah Farmasi Panel Asnaf, iaitu 1 farmasi di setiap daerah di negeri Pulau Pinang. Farmasi Panel Asnaf merupakan skim agihan baharu yang diperkenalkan oleh Zakat Pulau Pinang bertujuan meringankan beban golongan asnaf fakir, miskin dan gharimin yang tidak berkemampuan membiayai keperluan kesihatan. Matlamatnya adalah memastikan kebolehcapaian berterusan terhadap keperluan kesihatan seperti ubat-ubatan yang berkualiti, selamat dan efisien.
.
Selain itu, bagi meningkatkan efisiensi perkhidmatan ini, Zakat Pulau Pinang memperkenalkan kaedah pembelian tanpa tunai. Ia merujuk kepada setiap agihan yang diberikan berupa nilaian wang akan dikreditkan ke dalam e-wallet iaitu kad pengenalan penerima. Para penerima boleh membeli keperluan kesihatan di farmasi panel dengan mudah dan sistematik.
.
Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, YBhg. Dato’ Dr. Roslan Ahmad. Turut hadir, YBhg Dato’ Haji Zulkiefly Saad, Ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang, Dr. Siti Hajar Ismail, Wakil Pengarah Hospital Kepala Batas serta pegawai-pegawai Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital-hospital Negeri Pulau Pinang.
.
Semoga hubungan dan kerjasama baik daripada pihak-pihak berkepentingan seperti Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Pulau Pinang dan Farmasi-farmasi Panel yang terlibat dapat menjadi nilai tambah kepada perkhidmatan Zakat Pulau Pinang di dalam memastikan agihan zakat dapat dilakukan secara optimum, efisien dan efektif.
SITI JAUHARAH

Zakat Pulau Pinang merupakan organisasi di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Urus Zakat (PUZ).

Recent Posts

12 DISEMBER 2023 – ZIARAH ASNAF PENERIMA SKIM PERUBATAN DAN SKIM SARAHIDUP SEKITAR SPU, SPS DAN TL

Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang turun menziarahi asnaf-asnaf yang memerlukan Skim…

54 years ago

9 DISEMBER 2023 – PROGRAM KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Di akhir program ini diharapkan para peserta akan berkemampuan untuk memahami konsep pengurusan dan keperluan…

54 years ago

8 DISEMBER 2023 – LAWATAN LAPANGAN KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZPP DAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Seramai 30 orang peserta Kursus Pembangunan Usahawan Zakat Pulau Pinang Dalam Pensijilan Halal Malaysia dibawa…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – BENGKEL PEMURNIAAN KIT DLP MATEMATIK & SAINS SEKOLAH RENDAH DI BAWAH MPDCA TAHUN 2024

Bengkel ini telah berlangsung pada 06 - 07 Disember 2023 bertempat di Iconic Hotel, Bukit…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Kursus yang dikendalikan oleh Bahagian Keusahawanan Asnaf, Jabatan Agihan & Pembangunan Masyarakat, Zakat Pulau Pinang…

54 years ago