KUTIPAN ZAKAT DI AWAL PENUBUHAN
Zakat Pulau Pinang memulakan operasi awalnya pada 27 Disember 1994 berpusat di Taman Selat, Butterworth. Pada peringkat awal penubuhan, terdapat tiga cawangan kaunter perkhidmatan zakat telah dibuka iaitu di Taman Selat, Butterworth, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), dan di Kompleks Bukit Mertajam.
Kini, Zakat Pulau Pinang telah menambah enam (6) lagi cawangan kaunter perkhidmatan zakat iaitu di Nibong Tebal, Bayan Baru, Balik Pulau, Kepala Batas, Lebuh Buckingham dan Ayer Itam.
Pada 3 Januari 2005, Zakat Pulau Pinang mengorak langkah yang lebih besar apabila berjaya memiliki bangunan sendiri di Bandar Perda, Bukit Mertajam sekaligus menjadikan ia sebagai ibu pejabat Zakat Pulau Pinang yang baru.