PENERBITAN ZAKAT MAINPP
BUKU LAPORAN TAHUNAN ZAKAT MAINPP
Buku Laporan Tahunan Zakat MAINPP telah diterbitkan secara berkala (tahunan) khusus untuk memuatkan laporan-laporan tahun semasa Zakat MAINPP di samping menjadi tempat rujukan bagi memapar dan membentangkan prestasi semasa Zakat MAINPP dari segi kutipan dan agihan dana zakat di Pulau Pinang. Selain itu, penerbitan Buku Laporan Tahunan ini juga berperanan sebagai ringkasan maklumat-maklumat dalam bentuk artikel, glosari, direktori, dan sebagainya untuk kemudahan masyarakat Islam di Pulau Pinang mencapai akses keberadaan Zakat MAINPP di Pulau Pinang.
KAD LAPORAN PENGURUSAN ZAKAT MAINPP
Kad Laporan Pengurusan Zakat MAINPP ini menghimpunkan kepelbagaian aktiviti kutipan dan agihan zakat bagi menjelaskan bagaimana Zakat MAINPP mentadbir, mengurus kutipan dan mengagihkan dana zakat di negeri Pulau Pinang. Dengan adanya inisiatif ini, Zakat MAINPP dapat menyemarakkan lagi agenda pembangunan zakat di negeri Pulau Pinang terutamanya dalam pembangunan sosio ekonomi asnaf.
BULETIN EDISI KHAS BANTUAN KHAS COVID-19 ZAKAT MAINPP
Buletin Khas Covid 19 menyediakan maklumat yang berguna dan mudah berkaitan Bantuan Khas Covid-19 yang dilaksanakan oleh Zakat MAINPP. Beberapa petunjuk utama dipersembahkan pada permulaan penerbitan ini bagi membolehkan pembaca memahami secara sepintas lalu arah aliran agihan dana zakat kepada penduduk Muslim yang terjejas akibat pandemic Covid 19 di Pulau Pinang. Inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan ini hanya merupakan langkah efektif dan responsif yang diambil untuk memacu pengurusan Zakat MAINPP mendepani cabaran yang mencabar pendemik COVID 19 dan seterusnya menyantuni asnaf zakat demi kelestarian jaminan sosio-ekonomi ummah di Pulau Pinang.
BUKU PELAN STRATEGIK ZAKAT MAINPP 2020-2022
Buku Pelan Strategik Zakat MAINPP 2020-2022 diterbitkan sebagai dokumen halatuju strategik dalam tempoh tiga tahun ke hadapan Zakat MAINPP. Pelan Strategi Zakat MAINPP 2020-2022 ini adalah merupakan edisi keempat perancangan hala tuju organisasi selepas Bengkel Hala Tuju 10 Tahun Pusat Urus Zakat MAINPP (2003-2013); Bengkel Percambahan Pemikiran Hala Tuju Pusat Urus Zakat MAINPP 2011; dan Sumbang Saran Pemikiran Hala Tuju Zakat MAINPP 2016-2020.
BUKU REKAYASA ZAKAT
