TAWARAN KERJAYA DI ZAKAT PULAU PINANG, MAINPP
ZAKAT PULAU PINANG, MAINPP merupakan sebuah organisasi yang menguruskan kutipan dan agihan zakat di negeri Pulau Pinang. Visi kami adalah untuk mengungguli usaha mewujudkan keseimbangan sosio-ekonomi ummah melalui sistem pengurusan zakat yang profesional dan berteknologi.
Semua permohonan adalah sulit dan hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan dibuka bermula Januari 2024 hingga Disember 2024 (Sepanjang tahun).
Kami mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon jawatan di Pusat Hemodialisis Zakat (PHZ). PHZ merupakan salah satu Program Agihan Asnaf yang diwujudkan di bawah peruntukan agihan Pengurusan Pusat Hemodialisis Zakat, MAINPP.
Sebagai makluman, Zakat Pulau Pinang, MAINPP di bawah program agihan zakat mempunyai lapan buah Pusat Hemodialisis Zakat yang beroperasi seluruh negeri Pulau Pinang bagi memberi kemudahan perubatan mencuci buah pinggang kepada masyarakat Islam negeri Pulau Pinang.
Bagi memastikan hasrat dan tanggungjawab ini tercapai, kami memerlukan calon-calon bagi mengisi kekosongan di seluruh cawangan di negeri Pulau Pinang yang berkelayakan dan bermotivasi tinggi serta berminat untuk membina kerjaya dengan kami.
Penempatan di:
-
Pusat Hemodialisis Zakat (Bayan Lepas)
-
Pusat Hemodialisis Zakat (Georgetown)
-
Pusat Hemodialisis Zakat (Balik Pulau)