Berita 2022

29 NOVEMBER 2022 – BENGKEL PENULISAN DAN PENYAMPAIAN KHUTBAH NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2022

Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah menganjurkan Bengkel Penulisan dan Penyampaian Khutbah Negeri Pulau Pinang Tahun 2022 bertempat di Hotel Bahang Bay, Teluk Bahang pada 25 hingga 27 November 2022 .

Seramai 26 orang peserta telah terpilih untuk menyertai program kali ini. Mereka yang datang dari pelbagai agensi kerajaan, IPT, masjid ini merupakan individu yang terlibat aktif dalam bidang penulisan dan penyampaian khutbah (khatib).

Program yang dikendalikan sepenuhnya oleh Fazakkir Resources diketuai Alfadhil Ustaz Pahrol Mohamad Juoi ini mencakupi 8 modul. Ini termasuk syarahan kitab اعانة الطالبين dalam bab Khutbah Jumaat oleh Alfadhil Tuan Guru Ustaz Mohd Salmi bin Shaimi selaku Ahli Jawatankuasa Panel Semakan Khutbah Negeri Pulau Pinang.

Sebelum bengkel berlangsung, para peserta turut diberi tugasan dua teks khutbah. Bersama bimbingan Alfadhil Ustaz Muhammad Luqman Makhtar, antara lain modul yang dikongsi adalah Mengubah Khutbah yang Merubah iaitu dengan memastikan setiap khutbah mempunyai 3 elemen utama iaitu Apa, Kenapa dan Bagaimana. Pemilihan tajuk yang menarik juga penting untuk menarik perhatian jemaah.

Seterusnya, buat julung kali para peserta turut diberi pendedahan berkaitan Penyampaian Khutbah yang Berpengaruh oleh Tuan Ahmad Badrul Sani Baharudin, seorang trainer dalam bidang Public Speaking yang tidak asing lagi.

Khutbah yang dimulakan dengan ‘energy’ atau tenaga yang padu adalah antara formula menjadi khatib yang tidak ‘menidurkan’ jemaah. Solat Jumaat adalah majlis perhimpunan mingguan terbesar umat Islam yang seharusnya digunakan sebaiknya untuk menyampaikan khutbah yang benar-benar ‘sampai’.

Alfadhil Ustaz Pahrol Mohamad Juoi sendiri turut berkongsi rahsia menulis dan menyampai dari hati pada hari kedua program. Ikhlas dan kasih sayang adalah elemen paling asas untuk kekal menjadi ‘pendakwah’ yang dekat dengan sasaran.

Kemuncak program adalah slot praktikal pada hari terakhir. Sembilan orang peserta telah terpilih untuk menyampaikan khutbah masing-masing. Penilaian dan komentar oleh tiga juri iaitu Ustaz Mohd Hanif, Ustaz Pahrol dan Tuan Badrul menambah kefahaman peserta dalam mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari.

Majlis melabuhkan tirai dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Shaffi Yusof Gani, ucapan wakil peserta Dr Mohd Zaki Ismail seterusnya Ucapan Penutup yang penuh inspirasi dan motivasi oleh Ustaz Mohd Hanif Omar@Wahab selaku Pemangku Pengarah JHEAIPP.

Enam peserta terbaik dari aspek penulisan dan penyampaian khutbah turut menerima hadiah cenderahati dari penganjur.

Rata-rata peserta memberi maklumbalas yang amat positif walaupun dalam kepadatan modul dan masa menyiapkan tugasan.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang dikongsi amat signifikan dalam memperkasakan dakwah bil lisan dan dakwah bil kitabah (penulisan).

———————–

Disediakan oleh,

Unit Penerbitan dan Penerangan,Bahagian Dakwah, JHEAIPP

SITI JAUHARAH

Zakat Pulau Pinang merupakan organisasi di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Urus Zakat (PUZ).

Recent Posts

12 DISEMBER 2023 – ZIARAH ASNAF PENERIMA SKIM PERUBATAN DAN SKIM SARAHIDUP SEKITAR SPU, SPS DAN TL

Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang turun menziarahi asnaf-asnaf yang memerlukan Skim…

54 years ago

9 DISEMBER 2023 – PROGRAM KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Di akhir program ini diharapkan para peserta akan berkemampuan untuk memahami konsep pengurusan dan keperluan…

54 years ago

8 DISEMBER 2023 – LAWATAN LAPANGAN KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZPP DAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Seramai 30 orang peserta Kursus Pembangunan Usahawan Zakat Pulau Pinang Dalam Pensijilan Halal Malaysia dibawa…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – BENGKEL PEMURNIAAN KIT DLP MATEMATIK & SAINS SEKOLAH RENDAH DI BAWAH MPDCA TAHUN 2024

Bengkel ini telah berlangsung pada 06 - 07 Disember 2023 bertempat di Iconic Hotel, Bukit…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Kursus yang dikendalikan oleh Bahagian Keusahawanan Asnaf, Jabatan Agihan & Pembangunan Masyarakat, Zakat Pulau Pinang…

54 years ago