Berita 2022

24 NOVEMBER 2022 – PELANCARAN KLINIK BERGERAK WAQAF AN-NUR ZAKAT PULAU PINANG

Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) hari ini terus memperkasakan skim agihan zakat menerusi pelaksanaan Klinik Bergerak Waqaf An-Nur Zakat Pulau Pinang melalui kerjasama strategik bersama KPJ Healthcare Berhad dan Waqaf An-Nur. Kerjasama strategik ini merupakan satu inisiatif dalam sistem penyampaian agihan zakat dan perkhidmatan sokongan terhadap golongan asnaf dan mereka yang kurang berkemampuan dalam perkhidmatan kesihatan di Pulau Pinang.

Dalam majlis pelancaran yang berlangsung hari ini, satu Memorandum Perjanjian (MoA) turut ditandatangani di antara KPJ Healthcare Berhad, Waqaf An-Nur Corporation dan Zakat Pulau Pinang. MoA telah ditandatangani oleh Dato’ Amran Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang, MAINPP, Tuan Haji Roslan Ahmad, Pengerusi KPJ Penang Specialist Hospital, Tuan Haji Mohd Bahrin Bakri, Ketua Pegawai Operasi Waqaf An-Nur Corporation dan disaksikan oleh YBhg Dato’ Dr. Roslan Ahmad, Timbalan Yang Dipertua MAINPP dan Puan Norhaizam Mohammad, Pegawai Pimpinan KPJ Healthcare Berhad.
Perjanjian tersebut menyaksikan Zakat Pulau Pinang, sebagai Penyumbang Dana, KPJ Penang Specialist Hospital sebagai Pelaksana dan Waqaf An-Nur pula bertindak sebagai Pemantau Klinik Bergerak
Zakat Pulau Pinang telah menyediakan peruntukan sebanyak RM400,000.00 yang mencakupi pembelian kenderaan dan pengubahsuaian reka bentuk. Selain itu, Zakat Pulau Pinang juga akan menyediakan peruntukan tahunan sebanyak RM300,000.00 untuk pengoperasian Klinik Bergerak Waqaf An-Nur Zakat Pulau Pinang. KPJ pula akan menyediakan tenaga pakar yang terdiri daripada pegawai perubatan, jururawat dan pembantu perawatan, serta ubat-ubatan yang diperlukan mengikut keperluan semasa Klinik Bergerak An-Nur-Zakat Pulau Pinang.
Perkhidmatan Klinik Bergerak ini akan diadakan secara berjadual dengan kekerapan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan KKM. Zakat Pulau Pinang menyasarkan agar dapat memberikan perkhidmatan kepada segenap lapisan masyarakat terutamanya kumpulan asnaf fakir dan miskin serta keluarga B40 dengan kos yang sangat minima.
Dalam majlis yang sama, KPJ Penang Specialist Hospital turut menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM140,000 kepada Zakat Pulau Pinang, MAINPP.

Semoga dengan kerjasama strategik antara Zakat Pulau Pinang, KPJ Healthcare Berhad dan Waqaf An-Nur Corporation menerusi pelaksanaan Klinik Bergerak Waqaf An-Nur Zakat Pulau Pinang ini, dapat menjadi nilai tambah kepada perkhidmatan Zakat Pulau Pinang di dalam memastikan agihan zakat dapat dilakukan secara optimum, efisien dan efektif. Insya Allah.

SITI JAUHARAH

Zakat Pulau Pinang merupakan organisasi di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Urus Zakat (PUZ).

Recent Posts

12 DISEMBER 2023 – ZIARAH ASNAF PENERIMA SKIM PERUBATAN DAN SKIM SARAHIDUP SEKITAR SPU, SPS DAN TL

Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang turun menziarahi asnaf-asnaf yang memerlukan Skim…

54 years ago

9 DISEMBER 2023 – PROGRAM KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Di akhir program ini diharapkan para peserta akan berkemampuan untuk memahami konsep pengurusan dan keperluan…

54 years ago

8 DISEMBER 2023 – LAWATAN LAPANGAN KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZPP DAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Seramai 30 orang peserta Kursus Pembangunan Usahawan Zakat Pulau Pinang Dalam Pensijilan Halal Malaysia dibawa…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – BENGKEL PEMURNIAAN KIT DLP MATEMATIK & SAINS SEKOLAH RENDAH DI BAWAH MPDCA TAHUN 2024

Bengkel ini telah berlangsung pada 06 - 07 Disember 2023 bertempat di Iconic Hotel, Bukit…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Kursus yang dikendalikan oleh Bahagian Keusahawanan Asnaf, Jabatan Agihan & Pembangunan Masyarakat, Zakat Pulau Pinang…

54 years ago