A+ R A-

ZIARAH KASIH ASNAF BESAMA TKPE

28 Ogos 2021, Seberang Perai Utara : Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah menziarahi 2 orang asnaf yang merupakan veteren Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Mohamad bin Abu Bakar, 71 tahun, merupakan bekas pesakit kanser limfoma. Beliau tiada sebarang pendapatan dan hanya menerima sumbangan dari anak-anak. Tidak menerima pencen ATM kerana menamatkan perkhidmatan lebih awak. Sejak kematian isteri, iaitu 2 tahun lalu, beliau tinggal bersama seorang anak yang sedang menuntut di IPT dan seorang lagi anak yang bekerja kilang. 3 orang lagi anaknya tinggal berasingan.

ZPP kemudiannya menziarahi Norsakhair Parlan, 61 tahun, yang tinggal bersama isteri dan seorang anak yang masih belajar di sebuah madrasah. 5 orang lagi anak tinggal berasingan. Beliau kehilangan sebelah kaki pada penghujung tahun 2020 akibat kencing manis. Pendapatan keluarga ini adalah dari pencen ATM sebanyak RM300 sebulan. Isteri beliau seorang tukang urut tradisional turut membantu pendapatan keluarga.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi ZPP, En. Mohamad Kairi Ghazalli menyerahkan hamper makanan dan sumbangan wang tunai buat kedua-dua keluarga asnaf ini.

IMG 7306 Edit

IMG 7274

IMG 7323 Edit

IMG 7345 Edit

IMG 7357 Edit

IMG 7363

IMG 7404 Edit

IMG 7432 Edit

IMG 7478 Edit

Harga Emas Semasa: RM 236.62 

Nisab: RM 20,500.00

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Setakat Ogos 2021)
Kutipan: 
RM76.48 Juta

Agihan: RM70.26 Juta

galeri

  news

  hubungi 

 

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2021 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome