A+ R A-

PENGUMUMAN SAGUHATI NUR RAMADAN DAN HARI RAYA

4 Mei 2021, Bukit Mertajam : Zakat Pulau Pinang dalam satu sidang media hari ini telah mengumumkan sebanyak RM7,316,100.00 telah diagihkan kepada asnaf fakir miskin bagi tahun 1442H / 2021M. Pengumuman pengagihan jumlah berkenaan telah diumumkan oleh En. Amran Bin Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang.

Pemberian saguhati tambahan ini adalah sebagai meringankan beban golongan asnaf Fakir Miskin yang menyambut kedatangan bulan Ramadan dan bulan Syawal yang bakal tiba nanti. Sebagai makluman, pada tahun 1442H / 2021M, Zakat Pulau Pinang telah mengagihkan saguhati Nur Ramadan dan saguhati Hari Raya Aidilfitri kepada 24,072 penerima yang terdiri daripada asnaf fakir dan miskin.

 

Bagi saguhati Nur Ramadan, ZPP telah mengagihkan sebanyak RM3,050,800.00 dengan bilangan penerima seramai 14,644 orang. Manakala Saguhati Hari Raya Aidil Fitri adalah berjumlah sebanyak RM4,265,300 dengan bilangan penerima seramai 9,428 orang.

Terima kasih pembayar zakat.

IMG 1261

IMG 1248

IMG 1252 

Harga Emas Semasa: RM 236.51 

Nisab: RM 20,500.00

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Setakat April 2021)
Kutipan: 
RM39.89 Juta

Agihan: RM46.53 Juta

galeri

  news

  hubungi 

 

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2021 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome