A+ R A-

MAJLIS SERAHAN SAGUHATI HARI RAYA FAKIR MISKIN

1 Mei 2021, Georgetown : Seramai 31 orang fakir miskin di Masjid Acheh Kebun Lama menerima sumbangan Saguhati Hari Raya Fakir Miskin Zakat Pulau Pinang petang tadi. Lebih 210 buah masjid di seluruh negeri Pulau Pinang turut mengagihkan saguhati dari peruntukan Zakat Pulau Pinang tersebut.

Saguhati hari raya yang diagihkan dengan kerjasama pihak masjid tersebut disalurkan setiap tahun bagi membantu fakir miskin membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan sempurna. Dalam majlis yang sama, seramai 55 orang fakir miskin yang lain turut menerima Menu Khas Iftar Peduli Asnaf iaitu sumbangan dalam bentuk makanan berbuka puasa.

Sumbangan telah diserahkan oleh YBhg. Dr. Roslan Ahmad, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan En. Amran Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif, Zakat Pulau Pinang.

IMG 0082

IMG 0027

IMG 0043

IMG 0059

IMG 0096

IMG 0098

IMG 0109

IMG 0117

IMG 0119

IMG 0133

IMG 0141

IMG 0149

Harga Emas Semasa: RM 236.51 

Nisab: RM 20,500.00

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Setakat April 2021)
Kutipan: 
RM39.89 Juta

Agihan: RM46.53 Juta

galeri

  news

  hubungi 

 

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2021 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome