A+ R A-

TAKLIMAT SEWAAN PESERTA PROGRAM MASA@SungaiNibong

1 Mei 2021, Sungai Dua, Gelugor : Penganjuran program MASA@SungaiNibong (Makmal Sosio Akademik Sungai Nibong) yang diadakan di Dewan Serbaguna PDRM, Sungai Dua Gelugor ini bertujuan Untuk membantu asnaf secara berterusan dari sudut ekonomi dan rohani sehingga dapat mengeluarkan asnaf-asnaf yang terpilih ini daripada golongan penerima zakat secara lebih efektif. Program ini adalah kerjasama bersama diantara MAINPP, ZPP dan ISDEV USM.

Seramai 18 asnaf ini telah dipilih sebagai peserta setakat ini. Mereka yang terpilih ini adalah calon-calon yang terdiri daripada penerima Bantuan Bulanan Zakat Pulau Pinang dan beberapa asnaf yang dicalonkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Calon- Calon ini kemudiannya di temuduga oleh pihak ZPP dan ISDEV bagi memilih mereka yang mempunyai kesesuaian dengan kriteria program. Kriteria yang dinilai adalah kesungguhan asnaf untuk membangunkan diri, tanggungan isi rumah, komitmen untuk memperkasakan ilmu agama, rekod milikan rumah dan lain lain.

Peruntukan yang ZPP agihkan bagi setiap keluarga dalam program ini adalah seperti berikut :

i ) Peruntukan setiap keluarga :
-Bantuan Kewangan Bulanan (purata)
RM450 X12 = RM 5,400.00
- Bantuan Sewa dari ZPP
RM200 X 12 = RM 2,400.00
- Bantuan Nur Ramadan
RM 7,000.00
Jumlah = RM 8,500.00

Peruntukan ini tidak termasuk bantuan awal persekolahan, bantuan permulaan IPTdan Bantuan Bantuan lain bagi asnaf yang kayak. Secara kasar ZPP memperuntukkan sebanyak RM204,000.00 setahun untuk semua peserta dan keluarga di program MASA ini. Program pembangunan sahsiah dan ekonomi peserta dan ahli keluarga juga diadakan dengan jumlah sebanyak RM140,000.00. Ini menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan program ini sebanyak RM 344,000.00 setahun.

Antara yang hadir pada sesi taklimat ini ialah Tuan Haji Tawfeek dari Tetuan Tawfeek Banjenid & Partners, Peguambela dan Peguamcara, Dr. Shereeza Binti Sherif dari ISDEV USM, En. Ruslan Bin Harun, Pengurus Besar Jabatan Operasi Agihan ZPP, En. Mohamad Hafizuddin Bin Sirajuddin, Ketua Pegawai Operasi WAKAF Pulau Pinang dan Tuan Haji Fakhruddin Bin Abd. Rahman dari Ketua Unit Pembangunan Hartanah dan Harta, WAKAF MAINPP.

Harapan ZPP kepada program MASA ini adalah bagi membangunkan satu suasana yang penuh dengan semangat kerjasama dan saling bantu membantu diantara semua penghuni Pangsapuri Wakaf Siti & Hajjah Norijah ini dan membantu peserta asnaf MASA@SungaiNibong menjadi ikon zakat yang mampu berdikari dan bertukar menjadi Muzakki.

IMG 9902

IMG 9904

IMG 9908

IMG 9930

IMG 9941

IMG 9952

IMG 9980

IMG 9996

Harga Emas Semasa: RM 236.51 

Nisab: RM 20,500.00

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Setakat April 2021)
Kutipan: 
RM39.89 Juta

Agihan: RM46.53 Juta

galeri

  news

  hubungi 

 

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2021 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome