Kriteria Permohonan Bantuan Zakat
Borang permohonan bantuan zakat boleh didapati dimana- mana kaunter perkhidmatan zakat. Sila nyatakan jenis bantuan yang ingin anda pohon. Terdapat beberapa tatacara yang perlu dipatuhi ketika memohon dan mengisi borang bantuan zakat.
KRITERIA PERMOHONAN ZAKAT
Syarat-syarat umum bantuan
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 tahun
- Pendapatan keluarga tidak mencukupi Had Al Kifayah
- Tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak atau telah menerima bantuan tetapi masih belum mencukupi
Tatacara permohonan bantuan
- Permohonan mestilah melalui Borang Bantuan Zakat yang dikeluarkan oleh Zakat Pulau Pinang, MAINPP
- Permohonan hendaklah diisi oleh ketua keluarga @ waris / penjaga.
- Dokumen Utama (wajib disertakan) :
- Salinan kad pengenalan pemohon,
- Salinan slip gaji/ pengesahan pendapatan
- Dokumen Sokongan (jika perlu) :
- Salinan surat cerai/ mati (jika ibu tunggal/ tinggal)
- Surat pengesahan JKM, SOCSO dsb Surat Pengesahan Sakit (jika bantuan perubatan),
- Surat pengesahan pihak sekolah (jika bantuan persekolahan),
- Surat tawaran IPT (jika bantuan IPT)
- Pihak Zakat Pulau Pinang berhak menyiasat semua butir yang dikemukakan dan sekiranya didapati pemohon tidak layak @ tidak benar Zakat Pulau Pinang berhak untuk menolak permohonan tersebut.
- Borang yang telah siap diisi perlu dihantar dengan cara hadir sendiri atau dipos ke kaunter perkhidmatan zakat yang terdekat.
Hak Penerima Zakat
- Memberi maklumat yang tepat semasa memohon bantuan.
- Memenuhi syarat-syarat mengikut jenis bantuan yang dipohon.
- Bersikap dan berfikiran positif.
- Menggunakan wang Zakat yang diterima seperti dipohon.
- Bersyukur dan berpuas hati dengan bantuan yang diterima.
Nota:
Had Al Kifayah : Kadar asas keperluan diri dan tanggungan yang minimum yang menentukan tahap kelayakkan penerima zakat dengan mengambil kira perbezaan tempat, masa, keperluan dan keadaan sosio-ekonomi