A+ R A-

SKIM BANTUAN KHAS ZAKAT COVID-19 (SBKZC19) (FASA 3)

OBJEKTIF

  1. Meringankan beban golongan asnaf fakir dan miskin yang berdepan masalah kehilangan punca pendapatan keluarga, seterusnya diharap mampu memberikan sinar kegembiraan disebalik kebimbangan berkenaan penularan wabak Covid-19 dan kesempitan wang.
  2. Mewujudkan hubungan lebih erat di antara Zakat Pulau Pinang dengan masyarakat, para peniaga dan usahawan muslim dan bumiputera khasnya, yang seterusnya akan menjadi titik permulaan untuk ZPP meneroka peluang kepada prospek zakat perniagaan pada masa akan datang.
  3. Suatu bentuk sokongan kepada pihak pemerintah sama ada di peringkat persekutuan dan negeri memandangkan pihak kerajaan melalui agensi seperti Kementerian Kesihatan, PDRM, Pejabat Daerah, pihak berkuasa tempatan dan sebagainya yang sentiasa bertungkus lumus dalam membendung penularan wabak ini disamping turut sentiasa menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia.

 


KATEGORI SASARAN

Skim bantuan khas ini menyasarkan kumpulan asnaf seperti berikut;

  1. Pekerja gaji harian/bulanan
  2. Pemandu teksi, e-hailing, van/bas sekolah
  3. Peniaga pasar malam/pasar tani
  4. Guru agama tanpa majikan/pendakwah bebas bertauliah
  5. Keluarga/pesakit COVID-19 (sedang dalam kuarantin)

 SYARAT DAN KELAYAKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

  1. Beragama Islam.

  2. Warganegara Malaysia & Pemastautin Tetap

  3. Bermastautin di Pulau Pinang sekurang -kurangnya 3 bulan.

  4. Kategori Asnaf Fakir dan Miskin.

  5. Pendapatan di bawah RM2,500.00 sebulan.

  6. Pekerjaan sepenuh masa (kecuali Kategori 5)

  7. Hanya ketua keluarga sahaja layak memohon bagi setiap keluarga atau isi rumah seperti berikut:

             STATUS

KETUA KELUARGA

Berkahwin

Suami

Bercerai Hidup / Mati

Ibu Tunggal

Suami Uzur/ Bermasalah

Isteri

Jika ibu bapa uzur tidak mampu bekerja                   Anak

 

       8. Mengisi dan melengkapkan permohonan secara online dia pautan zakatpenang2u.com/bantuankhas beserta dengan dokumen sokongan yang berkaitan.

Skim Bantuan Fasa 2 PKP 3.0

Harga Emas Semasa: RM 246.10 

Nisab: RM 20,500.00

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Setakat Mei 2021)
Kutipan: 
RM53.59 Juta

Agihan: RM54.19 Juta

galeri

  news

  hubungi 

 

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2021 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome