Gerak Asnaf Jahitan
Ditubuhkan pada tahun 2002. Bertujuan untuk memberi kemahiran menjahit serta pekerjaan kepada ibu-ibu Asnaf sekaligus menjana sumber pendapatan mereka. Aktiviti utama adalah menjahit pakaian seragam persekolahan, tudung dan juga telekung.
Pakaian persekolahan yang telah siap dijahit akan diagihkan kembali kepada pelajar-pelajar sekolah di Pulau Pinang. Kos perbelanjaan mengurus bagi program ini berjumlah RM170 ribu. Lokasi bengkel adalah seperti berikut :
- Taman Seri Genting, Balik Pulau
- Taman Teluk Air Tawar Indah, Butterworth.
- Taman Gelugor Indah, Tasek Gelugor.
- Mengkuang Mak Sulong.
- Cherok To' Kun
- Tanah Liat, Bukit Mertajam