A+ R A-

1 SEPTEMBER 2020 : KUNJUNGAN HORMAT ZPP KE KEDIAMAN TYT

1 September 2020, Georgetown : Kunjungan hormat tersebut telah diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, En Amran Hazali. Turut serta dalam kunjungan ini adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pentadbiran), En. Mohamad Fuad Md Isa dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi), En. Mohamad Kairi Ghazali. 

Antara tujuan kunjungan ini adalah bagi melaporkan perkembangan terkini pengurusan zakat di negeri Pulau Pinang khasnya berkaitan Bantuan Khas Covid-19. Selain itu, ianya juga bertujuan bagi mendengar pandangan serta idea dari Tuan Yang Terutama Tun, berhubung kaedah untuk menambahbaik prestasi agihan dan kutipan ZPP. Kunjungan ini juga adalah sebagai menghargai sokongan dan dokongan Tuan Yang Terutama Tun terhadap ZPP selama ini.

Semoga Allah memberi kesihatan yang baik serta melanjutkan usia Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
IMG 0484

IMG 0492

IMG 0517

IMG 0628

 

Harga Emas Semasa: RM 241.57 

Nisab: RM 20,500.00

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Setakat Oktober 2021)
Kutipan: 
RM92.79 Juta

Agihan: RM78.36 Juta

galeri

  news

  hubungi 

 

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2021 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome