Ops Niaga
Ops Niaga merupakan aktiviti yang berbentuk santai di mana Skuad Zakat akan turun ke lokasi terpilih untuk berjumpa secara terus dengan peniaga. Kebiasaannya lokasi yang dipilih merupakan kawasan tumpuan orang ramai seperti pasar, pasar malam, kompleks perniagaan, medan selera serta lokasi yang mempunyai jumlah premis perniagaan yang lebih banyak.
Selain peniaga, Skuad Zakat turut menjadikan orangramai / pengunjung sebagai sasaran operasi. Antara aktiviti adalah seperti mengedar risalah zakat. Kempen dan dakwah cara ini membolehkan ZPP lebih dekat dengan masyarakat.