Forum Perdana
Program Forum Perdana begitu sinonim dengan masyarakat dan impaknya amat berkesan sebagai medium untuk menyampaikan mesej dakwah zakat. Penganjuran program seumpama ini mampu menyebarluaskan maklumat zakat ke setiap kawasan seperti di bandar, kampung, taman perumahan dan jabatan-jabatan kerajaan.
ZPP akan bekerjamsama dengan pihak kariah masjid dalam melaksanakan program dakwah ini. Kerjasama ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan di antara warga kerja Zakat Pulau Pinang dengan masyarakat setempat. Kaunter perkhidmatan zakat juga dibuka bagi memudahkan hadirin terus melaksanakan kewajipan berzakat.