Zakat Ternakan

ZAKAT TERNAKAN

Zakat ternakan ialah zakat yang dikenakan ke atas binatang-binatang yang diternak daripada jenis lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan unta apabila sempurna syarat-syaratnya.

Dalil Zakat Ternakan

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“…pada empat puluh ekor biri-biri, dikenakan (zakat) seekor biri-biri…”

(Riwayat Ibnu Majah)

Hadis Nabi SAW yang bermaksud:

“Daripada Muaz Ibnu Jabal, beliau berkata: Baginda Rasulullah saw telah mengutus aku ke Yaman dan beliau memerintahkan aku dari setiap 40 ekor lembu, satu ekor lembu musinnah (seekor lembu betina yang umurnya mencapai 3 tahun) dan dari tiap-tiap 30 ekor lembu, tabi’ atau tabiah (satu ekor lembu jantan atau betina yang mencapai umur 2 tahun).” (Riwayat Ibu Majah)

BINATANG TERNAKAN YANG WAJIB DIKELUARKAN ZAKAT IALAH : 

  1. Lembu (termasuk kerbau)

  2. kambing (termasuk biri-biri) dan kibas

  3. Unta

Syarat Zakat Ternakan

  1. Binatang-binatang ternakan ialah “Saaimah” ertinya binatang-binatang itu dipelihara di padang ternakan bebas.

  2. Binatang -binatang yang dipelihara bagi tujuan membantu kerja seperti lembu yang dipelihara untuk mengangkat barang-barang atau untuk membajak sawah tidak diwajibkan zakat.

  3. Nisab hendaklah berkekalan di sepanjang haul.

  4. Nisab zakat lembu ialah 30 ekor dan kambing 40 ekor

  5. Tidak dikenakan zakat bagi bilangan yang lebih daripada kadar nisab yang pertama tetapi belum sampai kadar yang kedua. Begitulah seterusnya.

Pengiraan Zakat Lembu/Kerbau :

Panduan:

  • Apabila bilangan itu lebih daripada yang dinyatakan di atas, maka bagi setiap 30 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor anak lembu jantan yang berumur satu tahun. Bagi setiap 40 ekor lembu diwajibkan zakat satu ekor anak lembu betina yang berumur 2 tahun.

  • Tetapi jika ternakan bercampur, maka zakatnya terserah kepada pembayar sama ada boleh memberi lembu/kerbau yang lain atau daripada peliharaan itu. Pilihlah yang sederhana untuk keluarkan zakat.

BINATANG TERNAKAN YANG WAJIB DIKELUARKAN ZAKAT

  1. Lembu (termasuk kerbau)

  2. Kambing dan kibas (termasuk biri-biri)

  3. Unta

 

 

Amanah Ummah Dijaga, Hak Asnaf Dibela

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist