Bagi menentukan sama ada wang simpanan tersebut dikenakan zakat atau tidak, hendaklah dipastikan: a. Genap setahun (1) hijrah dalam simpanan (cukup haul) b. Mencukupi nisab (85 gram emas x nilai emas semasa) bagi tahun berkenaan. Contohnya: 85g x RM142.95 = RM 12,150.75. Maknanya wang simpanan hendaklah bersamaan atau melebihi jumlah tersebut. c. Dikira atas baki terendah dalam setahun. d. Ditolak faedah.
Sekiranya saudara mempunyai pelbagai akaun simpanan: i. Untuk menentukan baki terendah, semua akaun simpanan tersebut perlu disatukan. Biarpun mempunyai pelbagai akaun simpanan, tetapi pada hakikatnya pendeposit mempunyai satu simpanan sahaja. ii. Jika simpanan dalam satu akaun sudah mencukupi nisab, maka simpanan di dalam akaun-akaun lain (walaupun kurang dari nisab) adalah diwajibkan Zakat.