SYARAT UMUM PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT DI ZAKAT PULAU PINANG, MAINPP
Beragama Islam.
Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap.
Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan.
Pendapatan keluarga tidak mencukupi *Had Al Kifayah.
Tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak atau telah menerima bantuan tetapi masih belum mencukupi.
HAK DAN TANGGUNGJAWAB PENERIMA ZAKAT
Memberi maklumat yang tepat semasa memohon bantuan.
Menggunakan wang/bantuan zakat yang diterima seperti tujuan permohonan.
**HAD AL KIFAYAH Kadar asas keperluan diri dan tanggungan yang minimum yang menentukan tahap kelayakan penerima zakat dengan mengambil kira perbezaan tempat, masa, keperluan dan keadaan sosio-ekonomi.