HEBAHAN PEMBUKAAN GERAN PENYELIDIKAN ZPP TAHUN 2023 DI BAWAH DANA PENYELIDIKAN ZAKAT PULAU PINANG, MAINPP
Sukacita dimaklumkan bahawa Zakat Pulau Pinang akan membuka permohonan Skim Geran Penyelidikan ZPP Tahun 2023 kepada kakitangan akademik di Universiti Awam dan Universiti Swasta.
Keutamaan diberikan kepada penyelidik dalam bidang zakat. Tarikh akhir serahan proposal ialah pada 16 Oktober 2023. Permohonan Geran Penyelidikan ZPP adalah berdasarkan tajuk penyelidikan berikut:
-
Kajian Potensi Kutipan Zakat Yang Optimum di Pulau Pinang
-
Kajian Pembangunan Asnaf Scoring System di Zakat Pulau Pinang
Sebarang pertanyaan boleh dikemukan kepada:
Dr. Wafdi Auni di talian 04-5498185 atau;
Cik Nurul Afiqah di talian 04-5498184