SIDANG AKHBAR ZAKAT PULAU PINANG, MAINPP
Kenyataan media semasa sidang akhbar yang berlangsung mengikut tahun:
SIARAN MEDIA - MAJLIS SERAHAN NUR RAMADAN 2023/1444H
21 Mac 2023: Ucapan CEO ZPP sempena Majlis Serahan Nur Ramadan 2023/1444H di Dewan An-Nur, Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam
SIARAN MEDIA - MAJLIS SERAHAN NUR RAMADAN 2023/1444H
21 Mac 2023: Ucapan penyempurnaan TKM1 Pulau Pinang merangkap YDP MAINPP sempena Majlis Serahan Nur Ramadan 2023/1444H di
Dewan An-Nur, Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam
SIARAN MEDIA - MAJLIS PENTAULIAHAN AMIL ZAKAT FITRAH DAN SUMBANGAN EHYA’ RAMADAN NEGERI PULAU PINANG BAGI TAHUN 1444H/2023M
17 Mac 2023: Ucapan penyempurnaan TKM1 Pulau Pinang merangkap YDP MAINPP sempena Majlis Pentauliahan Amil Zakat Fitrah dan
Sumbangan Ehya’ Ramadan Negeri Pulau Pinang Bagi Tahun 1444H/2023M di Pusat Konvensyen Perda, Kubang Menerong
SIARAN AKHBAR TH - TABUNG HAJI SERAHKAN ZAKAT PERNIAGAAN LEBIH RM8 JUTA
22 Ogos 2022: Lembaga Tabung Haji (TH) serahkan Zakat Perniagaan bagi tahun kewangan 2020 dan 2021 bernilai RM8,040,457.49 kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) di Sri Mutiara, Jalan Utama, Pulau Pinang.
TEKS UCAPAN ALUAN YBHG. DATO' AMRAN BIN HAZALI CEO ZPP SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN KUNCI RUMAH MYHAUS TAHUN 2022
9 Ogos 2022: Bersempena Majlis Penyerahan Kunci Rumah MyHAUS tahun 2022
TEKS UCAPAN PENYEMPURNAAN YBHG. DATO' DR. ROSLAN BIN AHMAD TYDP MAINPP SEMPENA MOU PROGRAM PEMBIAYAAN MIKRO I-TEKAD
29 Julai 2022: Majlis menandatangani MOU Program Pembiayaan Mikro I-TEKAD antara Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dengan Zakat Pulau Pinang.
MAJLIS PENTAULIAHAN AMIL ZAKAT FITRAH NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2022
29 Mac 2022: Bertujuan untuk Memberi penerangan tatacara kutipan Zakat Fitrah serta sijil tauliah kepada Lembaga Zakat Fitrah Kariah (Amil Zakat Fitrah) yang melaksanakan kutipan Zakat Fitrah mengikut kariah di Negeri Pulau Pinang.
TEKS UCAPAN YDP MAINPP SEMPENA MAJLIS PENTAULIAHAN AMIL ZAKAT FITRAH TAHUN 2022
29 Julai 2022: Majlis Pentauliahan Amil Zakat Fitrah yang dianjurkan setiap tahun ini bagi memberi penerangan dan taklimat tatacara kutipan Zakat Fitrah kepada Lembaga Zakat Fitrah Kariah dalam menjalankan kutipan Fitrah dan agihannya mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
TEKS UCAPAN ALUAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF ZPP, MAINPP SEMPENA MAJLIS PENTAULIAHAN AMIL ZAKAT FITRAH TAHUN 2022
29 Mac 2022: Majlis Pentauliahan Amil Zakat Fitrah yang dianjurkan setiap tahun ini bagi memberi penerangan dan taklimat tatacara kutipan Zakat Fitrah kepada Lembaga Zakat Fitrah Kariah dalam menjalankan kutipan Fitrah dan agihannya mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
MAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI KAUNTER ZAKAT PULAU PINANG, MAINPP
Zakat Pulau Pinang (ZPP) mengambil maklum kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri bertarikh 28 Mei 2021 mengenai arahan pelaksanaan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘Total Lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga – 14 Jun 2021.
LAPORAN PRESTASI KUTIPAN & AGIHAN ZAKAT ZAKAT PULAU PINANG, MAINPP BAGI TAHUN 2020
Terlebih dahulu Zakat Pulau Pinang, MAINPP (ZPP) ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada para Muzakki (pembayar zakat) khasnya dan seluruh masyarakat Islam umumnya yang telah bersama-sama ZPP dalam menyantuni asnaf sepanjang tahun 2020. Sebagaimana yang dijanjikan, zakat yang anda tunaikan di ZPP telah kami agihkan kepada mereka yang benar-benar layak.
SAGUHATI NUR RAMADAN DAN SAGUHATI HARI RAYA KEPADA ASNAF FAKIR DAN MISKIN TAHUN 1442H / 2021M
Sebagai pengetahuan, pada tahun ini iaitu 1442H atau 2021 Masihi, Zakat Pulau Pinang telah mengagihkan Saguhati Nur Ramadan dan Saguhati Hari Raya Aidil Fitri berjumlah RM7,316,100.00 kepada seramai 24,072 penerima yang terdiri daripada asnaf fakir dan miskin.
PENGUMUMAN KADAR ZAKAT FITRAH ZAKAT PULAU PINANG, MAINPP TAHUN 1442H / 2021M
Bulan Ramadan 1442H akan menjelang tidak lama lagi. Sebagaimana biasa, setiap kali tibanya bulan penuh berkat ini, kita dituntut untuk memperbanyakkan amal ibadah melalui amalan-amalan sunat termasuklah bertarawih, amalan-amalan seperti memperbanyakkan infaq & sedekah, bertadarus Al-Qur’an, berzikir dan seumpamanya bagi mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.
LAPORAN PRESTASI KUTIPAN & AGIHAN ZAKAT ZAKAT PULAU PINANG, MAINPP BAGI TAHUN 2019 & 2018
Zakat Pulau Pinang, MAINPP (ZPP) ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Muzakki (pembayar zakat) khasnya dan seluruh masyarakat umum yang telah bersama-sama ZPP dalam menyantuni asnaf pada tahun 2019. Ketahuilah zakat yang anda tunaikan di ZPP telah kami agihkan kepada mereka yang layak.
PROJEK PELADANG NANAS ZAKAT PULAU PINANG, MAINPP
Projek ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia yang melibatkan kerjasama 4 pihak iaitu Zakat Pulau Pinang (ZPP), Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Wakaf Pulau Pinang dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. Projek ini merupakan cetusan idea mantan YDP MAINPP, YBhg Dato Haji Abdul Malik Bin Abul Kassim.
TATACARA KHAS PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH 1441H DI WAKTU PENULARAN WABAK COVID-19 KAEDAH KONVENSIONAL ZAKAT PULAU PINANG, MAINPP
Pada hari ini, Zakat Pulau Pinang ingin mengambil kesempatan untuk mengumumkan tema sambutan Ramadan Zakat Pulau Pinang bagi tahun 1441H yang berbunyi, “Zakat Pembina Ukhuwwah, Pengukuh Khaira Ummah”.
MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN KHAS COVID-19 ZAKAT PULAU PINANG OLEH PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB)
Sepanjang pelaksanaan PKP dan penularan wabak Covid-19, Zakat Pulau Pinang telah mengagihkan sebanyak RM14.84 juta. Bantuan ini meliputi Bantuan Zakat Khas Covid-19, Bantuan Nur Ramadan & Bantuan Hari Raya.
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN BINA RUMAH ZAKAT PULAU PINANG, MAINPP
Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma tidak beberapa lama lagi. Keperluan asnaf untuk menyambut kedatangan Aidilfitri menjadi keutamaan Zakat Pulau Pinang (ZPP) ketika ini. Selain bantuan kewangan Saguhati Hari Raya yang telah disalurkan baru-baru ini, ZPP juga prihatin menyantuni asnaf dalam aspek keselesaan tempat tinggal mereka. Tempat tinggal atau kediaman yang selesa mampu melahirkan institusi keluarga yang harmoni.
KENYATAAN MEDIA TKM1 ZAKAT FITRAH 2020
Setiap tahun, sebagaimana biasa, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) akan mengumumkan kadar zakat fitrah kepada seluruh umat Islam di Pulau Pinang. Pada tahun ini, setelah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang dan diperkenankan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama Islam bagi negeri Pulau Pinang, maka adalah dimaklumkan bahawa kadar Zakat Fitrah untuk Negeri Pulau Pinang bagi tahun 1441H / 2020M adalah bernilai RM7.00 seorang dan RM16.00 seorang.
MAINPP BERSAMA KERAJAAN NEGERI MEMERANGI COVID-19
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menyambut baik Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang yang dilancarkan oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang semalam. Sebanyak RM75 juta telah dikhususkan dalam agenda untuk memerangi COVID-19. Ini termasuklah bantuan “one- off’ RM1,000 kepada masjid dan RM500 kepada surau di Negeri Pulau Pinang.
PANDUAN DAN PERATURAN BERHUBUNG DENGAN KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT FITRAH BAGI TAHUN 1441H / 2020M
Panduan dan tatacara ini wajib difahami oleh Pengelola Amil Lembaga Zakat dan Fitrah Kariah bagi tahun 1441H / 2020M dalam usaha membantu Zakat Pulau Pinang Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) melaksanakan dan melincinkan pengurusan kutipan dan agihan wang Zakat Fitrah.
PELANCARAN BULAN ZAKAT NEGERI PULAU PINANG 2019
Pelancaran Bulan Zakat Negeri Pulau Pinang 2019 yang diadakan di Mydin Mall, Bukit Mertajam adalah bersempena dengan Ulang Tahun ke-25 Zakat Pulau Pinang (Jubli Perak).
PELANTIKAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF, ZAKAT PULAU PINANG ZAKAT PULAU PINANG, MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG (ZPP-MAINPP) YANG BAHARU.
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dengan sukacitanya memaklumkan pelantikan En. Amran Bin Hazali (46) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang, MAINPP yang baharu berkuatkuasa 1 Februari 2019.
KENYATAAN RASMI ISU INFAQ WAJIB RAMADHAN
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menerima aduan daripada sebahagian besar Amil-amil Zakat Fitrah, MAINPP yang meluahkan rasa bimbang terhadap tindakan sebuah parti politik di Pulau Pinang yang mengutip INFAQ WAJIB RAMADHAN dengan nilai setiap resit berjumlah RM7.00.
MAJLIS PENTAULIAHAN AMIL ZAKAT FITRAH NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019M/1440H
Pada tahun ini (2019), harga zakat fitrah telah ditetapkan pada kadar RM7.00 seorang. Perkiraan harga fitrah ini adalah didasarkan kepada harga beras semasa di pasaran yang mengalami turun-naik harga.
ARTIKEL ‘NEW CEO HAS WORK CUT OUT’
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menerima makluman tentang artikel New CEO Has Work Cut Out yang disiarkan di akhbar The New Straits Times (NST) yang bertarikh 19hb Oktober 2019 dan ingin menegaskan beberapa perkara berikut..