Peluang Kerjaya

TAWARAN KERJAYA DI ZAKAT MAINPP

ZAKAT MAINPP merupakan sebuah organisasi yang menguruskan kutipan dan agihan zakat di negeri Pulau Pinang.  Visi kami adalah untuk mengungguli usaha mewujudkan keseimbangan sosio-ekonomi ummah melalui sistem pengurusan zakat yang profesional dan berteknologi.

Semua permohonan adalah sulit dan hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan dibuka bermula 17 Mac 2025 hingga 31 Mac 2025.

Kami mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon jawatan di Zakat MAINPP. Zakat MAINPP adalah sebuah anak syarikat di bawah MAINPP yang bertanggungjawab menguruskan kutipan dan agihan zakat di Negeri Pulau Pinang. Visi kami adalah untuk mengungguli usaha mewujudkan keseimbangan sosio-ekonomi ummah melalui sistem pengurusan zakat yang profesional dan berteknologi.

Zakat MAINPP turut memiliki lapan buah Pusat Hemodialisis Zakat (PHZ) yang beroperasi seluruh negeri Pulau Pinang di bawah Program Agihan Asnaf.

Selain PHZ, Inapan Kasih Sayang (IKS) juga merupakan salah satu Program Agihan Asnaf yang diwujudkan di bawah peruntukan agihan asnaf fakir dan miskin. IKS adalah merupakan asrama penginapan untuk anak-anak fakir miskin. Penghuni IKS terdiri daripada kanak-kanak yang berada dalam darjah empat, lima dan enam dan telah dibuka secara rasminya pada tahun 2012.

Bagi memastikan hasrat dan tanggungjawab ini tercapai selaras dengan visi dan misi ZPP, kami memerlukan calon yang berkelayakan dan berkebolehan serta bermotivasi tinggi serta berminat untuk berkhidmat dan membina kerjaya dengan Zakat MAINPP.

Penempatan di:

HQ Zakat Perda.

Semua permohonan adalah sulit dan hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan dibuka bermula Januari 2025 hingga Disember 2025 (Sepanjang tahun).

Kami mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon jawatan di Pusat Hemodialisis Zakat (PHZ). PHZ merupakan salah satu Program Agihan Asnaf yang diwujudkan di bawah peruntukan agihan Pengurusan Pusat Hemodialisis Zakat, MAINPP.
Sebagai makluman, Zakat Pulau Pinang, MAINPP di bawah program agihan zakat mempunyai lapan buah Pusat Hemodialisis Zakat yang beroperasi seluruh negeri Pulau Pinang bagi memberi kemudahan perubatan mencuci buah pinggang kepada masyarakat Islam negeri Pulau Pinang.
Bagi memastikan hasrat dan tanggungjawab ini tercapai, kami memerlukan calon-calon bagi mengisi kekosongan di seluruh cawangan di negeri Pulau Pinang yang berkelayakan dan bermotivasi tinggi serta berminat untuk membina kerjaya dengan kami.

Penempatan di:

Cawangan Pulau Pinang.

Amanah Ummah Dijaga, Hak Asnaf Dibela

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist