Bantuan Kewangan Sekaligus

SKIM BANTUAN SARA HIDUP (KEWANGAN SEKALIGUS)

OBJEKTIF BANTUAN

Pemberian Skim Bantuan Sara Hidup (Kewangan Sekaligus) adalah bertujuan untuk membantu golongan Asnaf Fakir dan Miskin yang bersifat sementara yang tidak berkelayakan untuk menerima bantuan kewangan / makanan bulanan.

SYARAT-SYARAT BANTUAN

  1. Pemohon mestilah memenuhi syarat- syarat umum bantuan zakat

  2. Tiada pendapatan atau berpendapatan tetapi tidak mencukupi had keperluan asasi

  3. Pemohon mestilah tergolong dalam asnaf fakir dan miskin yang menghadapi masalah-masalah berikut:

  • Warga Emas yang uzur dan tiada anak yang dapat membantu

  • Berpenyakit yang menghalang pemohon bekerja.

  • Isteri yang keputusan belanja akibat kematian suami atau suami di tahan pihak berkuasa dan sebagainya.

  • Mempunyai ramai tanggungan yang masih belajar atau tiada keupayaan untuk bekerja.

  • Cacat fizikal / mental

  • Belum atau telah menerima bantuan daripada agensi lain tetapi tidak mencukupi had keperluan asasi.

  • Lain-lain kes yang tiada dalam senarai tetapi didapati boleh dipertimbangkan.

CARA PERMOHONAN

  1. Permohonan hendaklah melalui borang permohonan bantuan yang dikeluarkan oleh Zakat Pulau Pinang. Dapatkan borang permohonan di kaunter perkhidmatan zakat yang berhampiran.

  2. Permohonan akan dipertimbangkan sekali sahaja setahun, manakala bagi permohonan kali kedua, hanya akan dipertimbangkan mengikut kes.

  3. Jika berlaku permohonan bertindih, kelulusan adalah mengikut keperluan semasa.

 

 

Amanah Ummah Dijaga, Hak Asnaf Dibela

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist