SAGUHATI GURU AGAMA & GURU AL-QURAN ZAKAT PULAU PINANG
OBJEKTIF
Sumbangan Saguhati Guru Agama & al-Quran ini adalah untuk memberi penghargaan kepada guru-guru sukarela yang mengajar al-Quran di masjid, surau dan rumah. Borang akan diedarkan kepada pengerusi kariah seterusnya disampaikan kepada guru al-Quran dan Guru Agama.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
1. Bermastautin atau mengajar di dalam negeri Pulau Pinang sahaja.
2. Mengajar secara sukarela tanpa mengenakan yuran atau upah bayaran.
3. Mestilah mempunyai anak murid lebih dari 15 orang (guru Al Quran).
4. Mengisi borang saguhati dengan lengkap.
CARA PERMOHONAN
Melalui borang yang diedarkan melalui Pengerusi Kariah masjid masing-masing.
TARIKH PERMOHONAN
Antara bulan Julai hingga Ogos setiap tahun.