OBJEKTIF BANTUAN
Memberi rawatan perkhidmatan dialisis secara PERCUMA kepada asnaf yang mengalami kegagalan fungsi ginjal peringkat akhir.
MAKLUMAT KOS BANTUAN
-
Jumlah kos yang ditanggung saban tahun oleh ZPP adalah sebanyak RM6 juta dengan menggunakan dana dari sumber zakat dalam menguruskan pusat haemodialisis ini.
-
Kos sekali rawatan bagi seorang pesakit adalah sebanyak RM300 – RM350 dan mereka memerlukan 3 kali rawatan dalam seminggu.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
-
Beragama Islam.
-
Warganegara Malaysia.
-
Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangny 3 tahun.
-
Disahkan menghidap penyakit kegagalan fungsi ginjal perinkat akhir (End Stage Renal Failure [ESRF]).
-
Tidak menghidap penyakit kronik yang berjangkit.
CARA PERMOHONAN
-
Permohonan melalui borang yang disediakan ZPP.
-
Borang boleh diambil dimana-mana kaunter ZPP yang berdekatan.
-
Surat pengesahan doktor dan agensi penaja diperlukan seperti PERKESO, JPA, ATM, VETERAN dan sebagainya.