PENERIMA ZAKAT
Asnaf ialah sepertimana yang dijelaskan dalam surah At-Taubah ayat 60:

1. Asnaf Fakir
Fakir ertinya orang yang tiada harta dan tiada pendapatan atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencukupi lima puluh peratus (50%) untuk menanggung tanggungan yang wajib keatasnya.
2. Asnaf Miskin
Ertinya mana-mana orang yang bukan fakir dan yang mempunyai harta atau pendapatan tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan asas bagi diri dan tanggungannya.
3. Asnaf Amil
Orang yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat.
4. Asnaf Muallaf
Seseorang yang baru memeluk agama Islam.
5. Asnaf Ar-Riqab
Hamba yang berusaha untuk menyempurnakan perjanjian menebus dirinya.
6. Asnaf Ghorimin
Mana-mana orang yang terbeban dengan hutang kerana meminjam wang atau harta untuk kegunaan sendiri sebagaimana yang dibenarkan oleh Hukum Syarak.
7. Asnaf Fi Sabilillah
*Setiap usaha memperkasakan syariat melalui pelbagai medium jihad dan dakwah oleh individu, pertubuhan, institusi kebajikan/pendidikan Islam dan pihak berkuasa agama negeri.
Asnaf fi sabilillah yang digunakan di Zakat MAINPP adalah seperti berikut:
- Aktiviti jihad ketenteraan untuk mempertahankan agama dan negara;
- Sumbangan bantuan pengajian tinggi;
- Kelas-kelas pengajian agama;
- Pengurusan kariah;
- Dakwah;
- Pembangunan ummah;
- Pembiayaan institusi Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP);
- Program dan aktiviti berkaitan kefatwaan;
- Penyelidikan dan penerbitan;
- Program keusahawanan;
- Pembangunan tambahan dan peralatan surau, sekolah agama dan dewan;
- Sebarang keperluan yang ditentukan sesuai oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.
8. Asnaf Ibnu Sabil
Orang yang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diharuskan oleh Hukum Syarak dari mana-mana negeri atau negara yang terputus kewangannya untuk kembali ke tempatnya.
* Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil.1/2025