OBJEKTIF BANTUAN
Meningkatkan prestasi pembelajaran dengan memberi peluang kelas tuisyen secara percuma kepada calon UPSR dan SPM yang beragama Islam di Pulau Pinang dengan menggunakan modul yang dibuat khas dan digubal oleh panel-panel yang dilantik daripada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).
Program Mutiara Program Didik Cemerlang Akademik (MPDCA) adalah program bersepadu di antara Jabatan Perdana Menteri (ICU), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), PERDA dan Zakat Pulau Pinang,MAINPP. ZPP telah menyumbangkan dana sebanyak RM1.6 juta bagi menjayakan program saban tahun.