VISI, MISI, NILAI TERAS DAN MOTO ZAKAT PULAU PINANG
VISI
Mengungguli usaha mewujudkan keseimbangan sosio-ekonomi ummah melalui sistem pengurusan zakat yang profesional dan berteknologi.
MISI
Kami menyediakan perkhidmatan berkualiti bagi memudahkan urusan pembayaran dan pengagihan zakat secara efisien, telus dan efektif.
Kami komited untuk sentiasa memastikan agar amanah muzakki dijaga dan hak asnaf dibela melalui pendekatan maqasid syariah.
Kami beriltizam untuk memperkasa asnaf menerusi skim bantuan zakat yang bukan sahaja mampu memberikan kemudahan kehidupan malah mengubah mereka menjadi pembayar zakat masa hadapan.
Kami berazam mengangkat martabat profesion amil selaras dengan petunjuk Al-Qur’an dan Hadith
Kami bertindak sebagai sebuah pasukan mantap yang saling sokong menyokong dan bantu membantu di antara satu sama lain dengan semangat bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.