VISI, MISI, NILAI TERAS DAN MOTO ZAKAT PULAU PINANG
VISI
Mengungguli usaha mewujudkan keseimbangan sosio-ekonomi ummah melalui sistem pengurusan zakat yang profesional dan berteknologi.
MISI
-
Kami menyediakan perkhidmatan berkualiti bagi memudahkan urusan pembayaran dan pengagihan zakat secara efisien, telus dan efektif.
-
Kami komited untuk sentiasa memastikan agar amanah muzakki dijaga dan hak asnaf dibela melalui pendekatan maqasid syariah.
-
Kami beriltizam untuk memperkasa asnaf menerusi skim bantuan zakat yang bukan sahaja mampu memberikan kemudahan kehidupan malah mengubah mereka menjadi pembayar zakat masa hadapan.
-
Kami berazam mengangkat martabat profesion amil selaras dengan petunjuk Al-Qur’an dan Hadith